Golongan belia merupakan komponen masyarakat yang sangat penting dalam menentukan hala tuju negara.
Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan Undi18 bermula pada PRU15, golongan belia seawal usia 18 tahun telah diberi kepercayaan dan amanah untuk mengundi calon DUN dan Parlimen yang akan membentuk kabinet dan kepimpinan negara.
Andai kata usia anak muda pada tahun ini adalah 18 tahun, maka undi mereka dalam PRU15 akan memberi kesan kepada diri mereka buat 5 tahun seterusnya iaitu pada usia sekitar 18 sehingga 23 tahun.
Dalam usia tersebut, golongan belia berada dalam fasa menuntut ilmu di institusi pengajian tinggi dan kemudiannya melangkah ke alam kerjaya.
Maka, 3 kementerian yang akan memberi kesan secara langsung kepada golongan belia pada fasa ini adalah Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kewangan.
Belia mahukan Menteri Pendidikan yang berpengalaman dan profesional dalam memperkasa dasar dan polisi pendidikan negara, bukannya menteri yang sibuk bertik-tok dan mencampuradukkan politik dengan pendidikan anak bangsa.
Belia mahukan Menteri Belia dan Sukan yang kompeten dan benar-benar ikhlas dalam memperkasa anak muda, bukannya menteri yang populis demi meraih undi semata-mata.
Belia juga mahukan Menteri Kewangan yang berkapasiti untuk memulih dan memacu ekonomi negara serta menyediakan peluang pekerjaan kepada anak muda, bukannya menteri yang menjaga poket sendiri dan kroni sahaja.
Maka ayuh anak muda, sama-sama kita pastikan hanya mereka yang benar-benar kompeten dan berwibawa sahaja yang dihantar ke parlimen dalam PRU15 ini untuk memimpin negara.
Beri peluang kepada Gerakan Tanah Air (GTA) dengan barisan kepimpinan baharu dalam PRU15 ini.
Ayuh belia, pangkah PEJUANG untuk BERJASA.
Dr. Mohamad Nor Sundari
Calon P082 Parlimen Indera Mahkota
8 November 2022