Ini Tanah Berdaulat adalah sebuah kempen yang mengajak kita semua untuk merayakan dan menghargai warisan kemerdekaan yang telah membentuk tanah yang kita cintai hari ini. Sebuah perjalanan yang melampaui waktu, mengingatkan kita tentang perjuangan dan pengorbanan para pahlawan kita yang telah mengukir sejarah dengan darah dan semangat.
Kempen ini bertujuan untuk menghidupkan kembali semangat kemerdekaan dalam setiap detik kehidupan kita. Ini Tanah Berdaulat bukan sekadar kata-kata, melainkan simbol bagi rasa bangga dan dedikasi kepada negara kita.
Bukan itu sahaja malahan ia juga sebagai satu tolakan semangat kepada rakyat Malaysia bahawa negara ini sebenarnya pernah menjadi kuasa yang unggul di rantau Nusantara dengan wujudnya empayar Kesultanan Melayu Melaka dan Srivijaya. Kuasa yang unggul, identiti yang kuat dan limpahan kekayaan ekonomi adalah merupakan ciri-ciri yang ada pada kerajaan ini terdahulu dan BERJASA percaya Malaysia juga berpotensi dapat mencapai kea rah tersebut.
Kuncinya adalah melalui enam teras yang ditetapkan oleh BERJASA dalam Impian Nasional iaitu Identiti Nasional & Perpaduan, Perlembagaan & Perundangan, Politik & Kepimpinan, Ekonomi & Sara Hidup, Pendidikan & Modal Insan dan Teknologi & Alam Sekitar.
Teras Identiti Nasional dan Perpaduan yang dibawakan oleh BERJASA adalah impian yang ingin dibawakan oleh BERJASA dalam menyatupadukan semua kaum di Malaysia di bawah satu bumbung yang sama dengan berteraskan prinsip keadilan dalam perundangan serta prinsip Islam.
Perlembagaan dan Perundangan pula diperkasakan dengan mengangkat jati diri watan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa mengikut acuan luar ataupun asing.
Ketiga, politik dan kepimpinan diperkuatkan dengan membawa budaya politik matang dan sejahtera yang lebih memfokuskan kepada pembinaan negara melalui idea-idea segar demi masa depan negara.
BERJASA sedar negara yang berdaulat mampu kuat apabila ekonomi negara dan rakyatnya kukuh dan terjamin. Maka teras Ekonomi & Sara Hidup amat diperlukan bagi memastikan Malaysia mampu memanfaatkan sumber nasionalnya sendiri tanpa perlu bergantung secara penuh terhadap negara-negara lain.
Dalam teras Pendidikan dan Modal Insan pula, Malaysia perlu ke arah sistem pendidikan yang membawa identity sendiri tanpa ada pengaruh asing dan penjajah. Bukan itu sahaja malahan sistem persekolahan mereka akan disatukan tanpa ada pemisahan mengikut kaum.
Teras yang akhir pula adalah Teknologi & Alam Sekitar Sumber nasional digunapakai dalam menjadikan Malaysia sebagai hub penyelidikan dan penciptaan teknologi bertaraf antarabangsa dengan menggunakan kepakaran anak tempatan.
Kesemua teras ini diyakini mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. BERJASA percaya apabila kuasa dan sumber mampu dikesampingkan oleh negara kita, pengupayaan nasional mampu dioptimumkan dengan sehabis baik seterusnya membawa Malaysia ke arah yang terunggul di rantau ini.