BERJASA seru pertahan Kedaulatan Negara serta tindakan tegas kepada dakwaan salahguna kuasa Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, YB Menteri Tiong King Sing.
Berjasa menyeru siasatan terperinci terhadap laporan polis oleh Jabatan Imigresen Malaysia ke atas notis penolakan kemasukan seorang warganegara China, dan tindakan tegas diambil kepada YB Menteri Tiong King Sing, atas alasan – alasan berikut ;
1. Menurut laporan pelbagai sumber antaranya Kosmo bertarikh 1 Julai 2023 ,beliau didakwa menganggu tugas pegawai Imigresen di KLIA dan turut melakukan tuduhan rasuah terhadap pegawai seperti dinyatakan Presiden Kesatuan Imigresen.
2. Beliau juga turut melakukan tindakan yang melanggar undang- undang dan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas yang ditetapkan.
3. Beliau juga dibimbangi mempunyai motif tertentu “usaha melepaskan” seorang perempuan China masuk ke Malaysia dari sekatan Imigresen dan ini bukan kali pertama beliau campur tangan dalam urusan imigresen.
4. Tindakan beliau boleh ditafsirkan sebagai menghina kedaulatan Malaysia dan bertindak mengatasi undang- undang negara.
5. Tindakan beliau juga telah mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan yang sangat serius dan merendahkan tahap kawalan keselamatan sempadan negara. Apakah sebegitu mudah untjk seseorang itu lolos masuk? Hanya dengan campur tangan seorang menteri yang tiada kaitan dengan bidang kuasa menjaga sempadan.
6.Justeru, Rakyat Malaysia wajar tuntut supaya Kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penyalahgunaan kuasa yang amat jelas ini.
7.Ini adalah tindakan melampau oleh seorang menteri yang sepatutnya lebih memahami peraturan dan undang- undang negara dan menjadi contoh teladan kepada rakyat negara ini dan negara luar. Apatah lagi isu melibatkan keselamatan sempadan negara yang amat serius.
8.BERJASA menuntut tindakan segera Kerajaan untuk menyiasat dan mendakwa beliau di mahkamah dan mendedahkan identiti warganegara China tersebut serta motif beliau yang sebenar. Rakyat berhak mengetahui isu sebenar.
Terima Kasih