Undi 18 tahun Penentu Kepimpinan Baharu

PRU15 merupakan peluang mengundi buat pertama kali bagi golongan belia berusia 18 sehingga 24 tahun.
Melalui pelaksanaan Undi18 pula, seramai 1,141,749 orang pengundi baru berusia 18 hingga 20 tahun telah layak mengundi.

Sudah pasti, majoriti daripada belia Malaysia mahukan barisan kepimpinan baharu yang terdiri daripada calon-calon dengan rekod bersih serta tidak terpalit dengan politik rasuah, politik wang mahupun politik fitnah.
Belia juga mahukan barisan kepimpinan yang kompeten untuk membawa idea-idea segar ke parlimen dengan sudut pandang baharu demi menyelesaikan isu berkaitan kebajikan dan pemerkasaan anak muda, khususnya berkaitan masalah pengangguran, peningkatan jumlah gaji minimum, bantuan kepada keluarga muda dan pelbagai lagi.

Maka ayuh anak muda dan para belia, kita undi barisan kepimpinan baharu dan segar untuk dihantar ke parlimen.
Beri peluang kepada Gerakan Tanah Air (GTA) dalam PRU15 ini. Jom pangkah PEJUANG untuk BERJASA.

Muhammad Nazriq
Calon P135 Parlimen Alor Gajah
11 November 2022

Artikel Berkaitan