Tumpukan Kepada Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan

Saya mengambil maklum balas mengenai cadangan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang ingin membina lebih banyak sekolah persendirian Cina di Petaling dan Hulu Langat pada suku pertama tahun hadapan menurut laporan The Star.

Beliau memberi alasan cadangan ini dibuat kerana hanya terdapat empat sekolah persendirian Cina di Selangor terutamanya di daerah Klang tidak boleh diterima sama sekali.

Selaku pemimpin rakyat yang bertanggungjawab untuk menjaga perpaduan rakyat, beliau sepatutnya memikirkan inisiatif untuk menyatu padukan rakyat di bawah satu sistem yang sama. Mengasingkan rakyat mengikut tempat tidak akan membawa kepada keberhasilan perancangan ini.

KPM pernah mengeluarkan data pada tahun 2018 yang menunjukkan 46% atau 601 dari 1298 buah sekolah rendah Cina seluruh negara adalah dalam kategori sekolah kurang murid. Sekolah kurang murid dikategorikan sebagainya sekolah tiada potensi untuk diteruskan pada masa hadapan kerana tiada sambutan daripada ibu bapa. Sekolah persendirian Cin ini sebenarnya sudah tidak relevan lagi untuk berada di dalam sistem pendidikan negara kita.

Saya berpandangan pihak kerajaan perlu secara serius untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dengan menaiktaraf kemudahan sekolah-sekolah ini. Alasan yang mengatakan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah jenis kebangsaan kerana kemudahan infrastruktur sekolah kebangsaan yang lapuk boleh diselesaikan jika kerajaan memberikan dana yang besar untuk sekolah-sekolah kebangsaan.

Penyatuan kaum perlu bermula di awal pendidikan lagi dan tempat yang sesuai untuk mulakannya adalah di sekolah. Kita sedar isu perkauman mula meluas di media sosial namun sedarkah kita bahawa pengasingan kaum-kaum ini mengikut jenis sekolah dan pendidikan adalah punca yang membawa kepada isu ini.

Cikgu Azizah Che Awang
Ketua Wanita BERJASA Johor

Artikel Berkaitan