Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk menyemak semula kontrak rundingan terus projek tebatan banjir yang bernilai RM7 billion.
Hal ini selari dengan janji memerangi rasuah dan ketirisan, terutamanya melibatkan projek yang menelan belanja besar.
Namun demikian, ia perlu dibuat dengan jujur dan telus dalam laporan dan kenyataan bagi mengelakkan fitnah dan salah faham.
Kerajaan juga diingatkan agar tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk semakan kerana projek tersebut amat diperlukan rakyat. Isu banjir ini sudah lama maka maka ia perlu dibaiki dengan segera.
Jika proses tebatan banjir diteruskan tetapi dengan kontrak baru kepada pihak lain, kerajaan perlu telus dalam proses pemilihan. Ini untuk mengelak konflik dan tuduhan mengagih kontrak kepada kroni kerajaan sekarang.
Kerajaan juga diharapkan untuk tidak menyemak dan membatalkan projek kerajaan terdahulu atas dasar seteru politik. Berjiwa besarlah dalam mentadbir negara, apa yang baik daripada pentadbiran lepas harus disambung dan ditambah baik oleh kerajaan sekarang.
Afif Badhrulhisham
Naib Presiden BERJASA