Segera Beri Bantuan Rakyat & Moratorium Automatik

1. Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan penuh – Total Lockdown yang diumumkan YAB Perdana Menteri lewat petang semalam disambut baik oleh rakyat sebagai langkah pantas untuk memutuskan rantaian Covid 19 di Malaysia

2. Saya yakin serta pasti akan ada pengumuman tentang pakej bantuan bersasar yang akan diumumkan nanti.

3. Pakej bantuan ini sangat penting sebagai sokongan kepada rakyat terkesan hasil total lockdown yang dijalankan demi membendung wabak Covid-19 ini.

4. Kerajaan tidak sepatutnya takut untuk menggunakan rezab wang kerajaan tetapi perlu pastikan ia sampai ke golongan sasar dan bebas ketirisan.

5. Pihak Institusi Kewangan Bank-Bank di Malaysia hampir kesemuanya mengumumkan penyata kewangan tahunan dengan catatan keuntungan berbillion ringgit.

6. Sudah pastilah tanggungjawab membantu negara ini perlu dipikul semua. Saya menyeru agar pihak institusi kewangan turut ‘berkorban’ untuk melaksanakan moratorium automatik untuk tempoh 6 bulan tanpa bunga dibawa kehadapan.

7. Tempoh akan datang ini akan menjadi amat mencabar. Jika PKP1.0 dahulu menyaksikan ramai yang hilang punca pendapatan, yang kais pagi makan pagi pun tidak keruan. Kali ini episod duka datang kembali. Seharusnya, kerajaan dan semua pihak yang terlibat harus sama-sama berganding bahu membantu negara yang kita semua cintai.

8. Buat semua rakyat Malaysia, marilah kita bersama, tabahkan semangat, bulatkan tekad untuk kesekian kalinya, kita putuskan rantaian wabak yang kembali mengganas ini sekali lagi. Moga Allah merahmati kita semua.

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA Malaysia.

Artikel Berkaitan