PRU15: BERJASA Tidak Sokong Kesediaan GTA Kerjasama PH

 

SHAH ALAM – BERJASA tidak menyokong sekiranya Gerakan Tanah Air (GTA) mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden Berjasa, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, segala keputusan perlu didasari kesepakatan atau konsensus semua komponen GTA dan tidak hanya berkisar pendapat pribadi.

“Saya mengambil maklum laporan kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkenaan kesediaan GTA untuk mengadakan kerjasama dengan PH.

“Berjasa menghormati sistem musyawarah yang menjadi tunjang kepada kesepakatan komponen GTA terdiri dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga tokoh-tokoh nasional.

“Justeru, segala keputusan berkaitan dasar GTA itu sendiri perlu didasari kesepakatan atau konsensus semua komponen GTA dan tidak hanya berkisar pendapat peribadi mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, Mukriz yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Penaja GTA dilaporkan berkata, GTA bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Mukriz, terdapat dua kaedah bagi GTA untuk membentuk kerjasama politik iaitu menyertai gabungan parti politik atau melakukan pakatan pilihan raya bagi mengelakkan pertindihan calon di sesuatu kerusi.

Timbalan Presiden Berjasa,
Datuk Mohd Rosli Ramli

Sumber Sinar Harian

Artikel Berkaitan