PRU-15 Medan Terbaik Tampilkan Pemimpin Imej Baharu

1. Semboyan PRU-15 kini sudah ditiup dengan kencangnya oleh semua parti-parti politik tanah air.

2. Walaupun sebenarnya kehangatan PRU-15 ini sebenarnya sudah bermula sebaik tamatnya PRU-14 pada tahun 2018 lagi. Sejak tumbangnya parti yang memerintah lebih 6 dekad itu, suasana politik negara boleh dikatakan banyak berubah.

3. PRU-15 kali ini boleh dikatakan sebagai ‘Peperangan Besar dan Penting’ atau ‘Father of all Elections’. Parti UMNO dan Barisan Nasional akan cuba sekali lagi bangkit berkuasa demi menyelamatkan masa depan politik saki baki pemimpin yang sedang didakwa kes korupsi di mahkamah, dan Parti Pakatan Harapan yang dilihat sudah hilang taring akibat kegagalan 22 bulan pemerintah cuba sekali lagi meyakinkan pengundi.

4. Berbeza pula dengan sebuah gerakan rakyat yang dinamakan sebagai Gerakan Tanah Air (GTA) yang muncul di tengah-tengah kemelut politik tanah air. Didokongi bukan sahaja parti-parti politik yang baharu, tiada rekod politik kotor, tetapi gerakan ini juga memperlihatkan penyertaan banyak badan bukan kerajaan NGO dan tokoh-tokoh nasional yang selama ini bersuara demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air dari luar tembok politik.

5. GTA merupakan wadah berwibawa yang berjaya mengumpulkan pemimpin-pemimpin yang boleh membantu merejuvenasi politik negara dengan imej baharu. Semua calon-calon yang akan ditampilkan GTA merupakan individu yang bebas salah laku dan dakwaan di mahkamah. Malah merupakan pemain politik baharu tanah air yang bebas dari kehidupan kotor politikus sedia ada.

6. Saya yakin serta percaya, PRU-15 ini merupakan medan terbaik bagi rakyat untuk memilih dan menghantar ke Parlimen Malaysia wajah-wajah baharu pemimpin. Dengan imej baharu dan kewibawaan serta ketokohan calon-calon GTA ini, impian kita untuk menjadikan tanah air ini sebagai unggul dan bermaruah dapat dicapai.

Ir. Ts. Lukman Al Hakim
Naib Presiden BERJASA
Pengarah Pilihanraya BERJASA

Artikel Berkaitan