Presiden Baru Parti BERJASA

Ustaz Zamani bin Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden Parti BERJASA yang baharu berkuat kuasa 27 Mac 2021.

Pelantikan beliau diputuskan dalam Sidang Dewan Kepimpinan Nasional BERJASA bertempat di D’Alpinia Bussiness Park, Puchong bagi menggantikan Dato’ Ts. Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz.

Ustaz Zamani berpengalaman lebih 29 tahun berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

DKN dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan barisan baharu ahli Dewan Kepimpinan Nasional itu bagi sesi 2021 hingga 2024.

Artikel Berkaitan