Perintah Kawalan Pergerakan: ANGKASA Seru Rakyat Bersatu Lawan COVID-19

1. Angkatan Pemuda-Pemudi Parti Berjasa (ANGKASA) mengambil maklum pengumuman rasmi oleh YAB Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin berkenaan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan.

2. ANGKASA yakin serta percaya pelaksanaan ini sedikit sebanyak boleh membantu pengawalan situasi virus Covid-19 yang semakin membimbangkan di Malaysia.

3. Peningkatan mendadak kes dijangkiti virus ini menjadi petanda agar semua pihak sentiasa mengambil berat soal kesihatan. Ini termasuklah pihak berautoriti yang perlu mengambil tindakan tegas dan efektif bagi membendung virus daripada terus merebak dalam kalangan masyarakat.

4. Justeru, pengumuman oleh Perdana Menteri semalam amat penting dan perlu disambut oleh rakyat secara kolektif, amanah dan bertanggungjawab bagi memastikan Malaysia bebas virus dalam kadar yang segera.

5. ANGKASA juga mengambil langkah proaktif, menyediakan platform perkongsian informasi berkenaan Covid-19 di laman Twitter (twitter.com/AngkasaBerjasa) dengan tanda pagar #LawanCovid19. Kami percaya informasi yang sahih dan tepat amat diperlukan disaat genting dan kritikal ini. Ayuh saudara dan saudari, kita bersama #LawanCovid19

Hazwan Mohamad,
Ketua Angkatan Pemuda-Pemudi BERJASA

Artikel Berkaitan