“Direct nego” atau rundingan terus adalah bukan perkara yang baru. Namun, rakyat musykil dengan cara pemilihan syarikat yang tidak mampu menepati perjanjian yang ditetapkan.
Walaupun projek ini berkaitan sistem keselamatan negara, namun kerasukan pemimpin UMNO sangat tidak munasabah. Di bawah pimpinan kerajaan PH pula, sejumlah 101 projek bernilai RM6.61 billion telah diluluskan juga secara rundingan terus. Jadi, apa kriteria setiap pemilihan syarikat ini sehingga ianya dirunding terus?
Berbilion sudah dibelanjakan, namun sehingga hari ini satu LCS pun kita tidak terima. Projek LCS secara dasarnya terhenti atas pelbagai faktor pada 2019, namun kerajaan memutuskan menyambungnya semula berdasarkan opsyen paling murah.
Namun, jangan pernah lupa tentang isu LMS buatan Cina yang mengalami kerosakan walaupun penggunaannya baru sahaja beberapa bulan setelah diterima oleh TLDM. ‘Opsyen paling murah’ adalah sangat tidak masuk akal jika dibandingkan dengan kualiti pertahanan negara yang diperlukan.
Untuk mengelakkan kerugian berganda pada masa hadapan. Wajar kerajaan bentangkan segera kriteria syarikat yang dirunding terus untuk setiap projek kerajaan selepas ini.
Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan BERJASA