Penglibatan BERJASA dalam Gerakan Tanah Air

  1. Parti BERJASA kekal teguh dengan prinsip “Bersama Pimpin Negara” bagi mendepani Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Penglibatan parti BERJASA dalam Gerakan Tanah Air (GTA) yang dibentuk ini bertindak sebagai pembuat keputusan bersama untuk menerajui gerak kerja PRU15.

    2. GTA terdiri daripada empat parti tonggak iaitu parti BERJASA, PEJUANG, IMAN dan PUTRA. Piagam GTA telahpun dibincangkan dengan rapi, tersusun dan teliti serta sudah bersedia untuk dibentangkan kepada umum untuk dinilai kekuatan dan kualiti gabungan ini.

    3. Demi mengangkat naratif “Malaysia Unggul & Bermaruah”, GTA bersepakat untuk mengembalikan semula kekuatan negara merentasi pelbagai aspek seperti pembangunan ekonomi, rekonsiliasi nasional dan koreksional politik.

    4. GTA turut memberi fokus kepada pembangunan bangsa Melayu dan kaum-kaum lain ke arah yang lebih holistik dengan menjulang tinggi Perlembagaan Persekutuan sebagai asas integrasi nasional.

    5. Setiap intipati piagam gabungan telah dibincangkan secara tuntas antara presiden-presiden parti dalam gabungan ini dan disahkan secara konsensus sebulat suara di mana keputusan secara konsensus sebulat suara kesemua parti terlibat menjadi asas pentadbiran gabungan ini yang bakal menentukan sebarang keputusan.


    6. Parti BERJASA berikrar akan terus mendukung integriti dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah melalui sistem kehakiman negara dan menentang sebarang salah laku walaupun dalam kalangan gabungan ini.


    Ir. Ts. Hj. Lukman Hakim
    Setiausaha Agung
    Parti BERJASA Malaysia

Artikel Berkaitan