Pendekatan Populis Tidak Untungkan Anak Bangsa

Sewaktu Dato’ Sri Saifuddin Abdullah berada dalam kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, beliau antara barisan menteri yang menyokong penuh untuk meratifikasi ICERD.

Sumber daripada Harian Metro bertarikh 16 November 2018 mengatakan beliau menghina golongan yang membantah ratifikasi ICERD sebagai golongan yang “allergic” dan tidak rasional. Sedarkah beliau bahawa kemudaratannya lebih besar berbanding kebaikan apabila meratifikasi ICERD.

Meratifikasi ICERD secara sewenang-wenang akan dilihat mendahului kuasa dan kedudukan Majlis Raja-Raja kerana sebarang perkara yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu dan anak-anak Negeri Sabah dan Sarawak.
Akibatnya, ia akan membuka ruang kepada mana-mana pihak mencabar keabsahan (kesahan) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan ICERD pada masa akan datang serta membuka ruang untuk mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang memperuntukkan keistimewaan terhadap agama Islam.

Disebabkan itu, Dr Mohamad Nor sanggup menggalas tugas berat ini untuk melawan mereka yang mengambil pendekatan populis yang hanya merugikan masa depan anak bangsa.
Pengalaman beliau yang banyak terlibat dengan aktiviti kemanusian didalam dan luar negara, semestinya lebih memahami agenda perjuangan sebenar untuk memajukan anak bangsa. Bukan sahaja sahaja tiada rekod salahlaku, malah antara orang penting yang memberikan khidmat kesihatan kepada umat Islam diseluruh dunia.

Berlatar belakangkan doktor pakar tulang, beliau melihat sendiri keperitan rakyat miskin tegar Malaysia yang tidak mampu merawat penyakit dek ketiadaan wang ditambah kos sara hidup yang semakin meruncing. Disebabkan itulah, beliau banyak memberikan khidmat kesihatan secara percuma menggunakan duit poket sendiri untuk berbakti buat seluruh rakyat Indera Mahkota sejak kehadiran beliau pada 1992.

Artikel Berkaitan