Parti BERJASA Sasar Salur Bantuan Kepada 6,000 Mangsa Banjir

1.Bencana banjir terburuk yang melanda negara kini amat menyedihkan dan menghibakan semua pihak. Ramai mangsa yang terlibat, hilang nyawa dan musnah harta benda.

2.Jumlah mangsa banjir yang dilaporkan kini meningkat kepada 68,713 orang setakat jam 11 pagi hari ini. Sejumlah 19,063 keluarga pula kini ditempatkan dilebih 456 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

3.Parti BERJASA telah menggerakkan Unit Tindakan Khas Bencana yang telah mula bergerak mengkoordinasi dan menyalurkan bantuan kepada mangsaterjejas sejak hari Sabtu yang lalu. Ratusan bantuan berupa pek makanan,pakaian, kit perubatan dan beberapa bot penyelamat telah bergerak ke lokasi-lokasi utama terjejas.

4.Melalui usaha ini, sehingga kini, lebih 800 orang telah berjaya disantuni pasukan sukarelawan BERJASA yang bergerak di semua lokasi-lokasi utama terjejas akibat bencana ini.

5.Parti BERJASA menyasarkan untuk membantu lebih 6,000 mangsa banjir dengan kekuatan lebih 300 orang sukarelawan termasuk dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak aktif bersama sehingga kerja-kerja pembersihan pasca banjir nanti.

6.Pasukan Sukarelawan BERJASA komited untuk memberikan khidmat terbaik kepada semua mangsa banjir dan berharap dengan usaha ini dapat memberikankelegaan kepada semua. Bagi mereka yang terputus bekalan makanan atau memerlukan bantuan berkaitan bolehlah merujuk wakil BERJASA di setiap lokaliti terjejas melalui platform Facebook BERJASA Malaysia.

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA.

Artikel Berkaitan