,

GTA Sebagai Wadah Baharu Kesatuan Politik

Senario politik negara ketika kini seumpama ‘mimpi buruk’ kepada rakyat Malaysia. Kerakusan pemimpin hari ini yang hanya sibuk mengaut keuntungan berbanding menjaga kemaslahatan rakyat.

Pelantikan politik di jawatan strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terus mengeruhkan imej negara dengan korupsi yang berlaku. Ironinya, kita masih mengharapkan pemimpin korup untuk mengubah negara.

Maka wujudlah parti-parti baru menjelang PRU-15 untuk menjadi pilihan alternatif rakyat Malaysia. Saya yakin setiap parti ini mempunyai kekuatannya tersendiri. Namun, semangat ‘parti kecil’ untuk melawan ‘parti besar’ hanyalah satu angan-angan jika ‘parti kecil’ terus bertembung sesama sendiri.

Tidak dinafikan pakatan parti-parti besar antara faktor kemenangan. Namun saya yakin, gabungan parti-parti kecil juga mampu membawa impak yang besar. Gabungan inilah yang bakal menjadi pilihan alternatif rakyat Malaysia.

Gabungan ini sentiasa terbuka menerima kunjungan parti-parti kecil yang lain serta NGO diluar sana. Tidak lain dan tidak bukan, untuk melawan ahli politik yang tidak berintegriti & penuh korupsi.

Abd. Aziz Sardan
Naib Presiden BERJASA

Artikel Berkaitan