BERJASA desak KDN bertindak tegas tentang ideologi komunis

Utama /

KENYATAAN MEDIA RASMI PARTI BERJASA – 1 Dis 2019

BERJASA memandang serius sebuah perhimpunan terbuka yang diadakan di Kolej Universiti New Era yang menghimpunkan lebih kurang 300 orang penyokong ideologi komunis.

Berselindung disebalik nama ‘Memperingati Ulang Tahun ke-30 Penandatangan Perjanjian Damai Hatyai’ namun objektif disebalik himpunan itu adalah jelas untuk mengangkat naratif salah komunis dalam sejarah kemerdekaan negara.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu segera menjalankan siasatan dengan tegas dan berani terhadap bekas pengganas komunis Tan Yi Yu yang menyatakan bahawa para pengganas komunis adalah pejuang kemerdekaan, demokrasi, kebebasan dan keamanan.

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu juga adalah sesuatu yang menjengkelkan. Kehadiran Liu mengesahkan wujud saki baki pemimpin yang berideologi komunis dalam DAP.

BERJASA mendesak Menteri KDN, TS Muhyiddin Mohd Yassin agar segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penganjur himpunan ini termasuklah menyiasat kewujudan gerakan kebangkitan ideologi komunis di negara ini. 

Sekian.

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan BERJASA

Artikel Berkaitan