Laporan Polis terhadap fitnah BERJASA

Utama /

KENYATAAN MEDIA RASMI PARTI BERJASA – 19 Nov 2019

BERJASA Johor akan membuat satu laporan polis di IPD Pontian pada jam 2 petang ini berkenaan dengan satu fitnah terhadap parti BERJASA melalui satu hantaran Facebook yang ditularkan sejak beberapa hari yang lalu.

Dalam hantaran tersebut, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebarkan fitnah terhadap BERJASA yang didakwa dibiayai oleh Parti Amanah Negara (PAN).

BERJASA menegaskan sekali lagi, bahawa BERJASA tidak mempunyai hubungkait dengan parti PAN apatah lagi menerima dana dari parti tersebut. 

BERJASA amat kesal dengan politik keji yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam kempen PRK Tg Piai dan ingin menggesa agar semua pihak dapat bertanding secara sihat dengan menolak politik fitnah.

Sekian.

Muhd Izzul Hafiz
Ketua Perhubungan BERJASA Johor

Artikel Berkaitan