Setinggi-tinggi penghargaan BERJASA ucapkan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana memberi pelepasan kepada mahasiswa selama 5 hari, bermula daripada 17 sehingga 21 November 2022 untuk pulang mengundi.
Ayuh mahasiswa, kita pulang mengundi dan tunaikan tanggungjawab kepada negara!
Peluang yang diberi kepada anak muda bermula daripada usia 18 tahun ni amat perlu dimanfaatkan untuk kita memilih pemimpin yang kompeten, berwibawa dan memahami aspirasi golongan belia seperti BERJASA dalam Gerakan Tanah Air (GTA).
BERJASA memperjuangkan kenaikan gaji minimum kepada pemegang diploma dan ijazah, penubuhan persidangan meja bulat ahli parlimen muda, skim latihan kemahiran alternatif, pemerkasaan infrastruktur kegiatan belia dan pelbagai lagi untuk golongan belia dan anak muda.
Sekali lagi mahasiswa, ayuh turun mengundi beramai-ramai pada 19 November 2022 (Sabtu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 ini, kita bersama tunaikan tanggungjawab kepada negara.
Undilah BERJASA!
Nor Azliza Rajiain
Ketua Pemudi Parti BERJASA Malaysia
Ketua Pemudi Gerakan Tanah Air (GTA)