Kenyataan Media: Isu Perletakan Jawatan Tun M Sebagai Pengerusi GTA

1. Parti BERJASA mengambil maklum berkenaan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad
(Tun M) yang menyatakan beliau tidak lagi bersama menerajui Gerakan Tanah Air (GTA)
yang dilaporkan beberapa portal berita arus perdana.

2. Perkara ini tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Presiden GTA mahupun dalam
mana – mana mesyuarat bersama pemimpin – pemimpin komponen GTA. Justeru,
BERJASA berpandangan keputusan Tun M adalah dibuat secara bersendirian tanpa
melibatkan pimpinan GTA yang lain.

3. Perjuangan GTA demi Tanah Air Malaysia yang tercinta yang telah dipersetujui dan
diangkat bersama sejak penubuhannya, tetap akan diteruskan BERJASA dan pihak – pihak
di dalam GTA, walau apa keputusan Tun M sekalipun.

4. BERJASA bersedia untuk berbincang bersama komponen parti- parti GTA yang lain
serta Jawatankuasa Gagasan Bangsa untuk menentukan kepimpinan baharu dan halatuju
perjuangan GTA yang seterusnya.

Mohd Hamdan Mohd Shariff

Ketua Penerangan

Parti BERJASA Malaysia

Artikel Berkaitan