BERJASA hantar 5 calon muka baharu dan wibawa lawan ‘pemain’ lama politik

1. BERJASA sebagai sebuah parti anak muda akan menghantar 14 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini atas tiket Pejuang yang mana lima kerusi parlimen bakal berdepan dengan ‘pemain’ lama politik.

2. Sunguhpun begitu BERJASA tidak gentar kerana semua calon BERJASA mempunyai kelebihan kerana bersih dari rekod salah laku dan merupakan calon muka baharu yang dinantikan pengundi. Pada masa yang sama semua calon BERJASA berpengalaman memberikan khidmat kepada masyarakat setempat.

3. Pertamanya merupakan calon termuda berusia 27 tahun Auzaie Fadzhlan Shahidi bakal menyaingi Dato Seri Hamzah Zainudin di parlimen Larut. Anak jati Selama Perak ini mempunyai iltizam mahu menawarkan bakti kepada rakyat setempat. Graduan Syariah dari Universiti Al-Azhar Mesir yang kini seorang usahawan pemborong barangan runcit pasti menjadi tarikan pengundi lama yang sudah muak dengan ahli politik lama dan pengundi muda yang mahukan pembaharuan.

4. Manakala di Putrajaya, BERJASA menghantar Timbalan Presiden Berjasa, Dato’ Mohd Rosli Ramli yang juga mantan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. Berpengalaman dalam hal ehwal pentadbiran negara selama 30 tahun menjadikan Dato’ Rosli yakin mampu menambat hati pengundi Putrajaya seterusnya menumbangkan orang kuat UMNO, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor dan wakil Menteri Perikatan Nasional Dr. Radzi Jidin.

5. Di parlimen Kota Raja, BERJASA menawarkan seorang aktivits muda, Fahmi Bazlan untuk berentap dengan Mohamad Sabu daripada Pakatan Harapan. Fahmi Bazlan yang merupakan graduan cemerlang lulusan Universiti Al-Azhar Mesir sememangnya dikenali penduduk setempat kerana sudah lama aktif memberikan khidmat Pendidikan dan bantuan di kawasan Kota Raja. Contohnya, membangunkan projek ekonomi bersama Persatuan Peniaga Kecil Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam. Nama beliau semakin dikenali ketika kawasan Shah Alam dan sekitarnya dilanda benca banjir besar tahun lepas di mana Fahmi dan pasukannya menjadi yang pertama menghulurkan bantuan.

6. Muhammad Nazriq Abdul Rahman, 36 tahun pula bakal menentang Bekas Ketua Menteri, Adly Zahari dan wakil Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof. Muhammad Nazriq secara peribadi mempunyai hubungan yang mesra dengan penduduk setempat disamping kelebihan beliau yang pernah menggerakkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di kawasan Alor gajah, menjadikan beliau mampu mengatasi populariti calon-calon pihak lawan.

7. BERJASA juga menawarkan calon professional Pakar Perunding Bedah Ortopedik Dr. Mohamad Nor Sundari, yang bakal bertemu dengan Dato’ Seri Saifuddin Abdullah di Parlimen Indera Mahkota. Berpengalaman dalam banyak misi-misi kemanusiaan ke Gaza, Acheh, banjir di Pantai Timur menjadikan Dr. Mohammad Nor lebih menjiwai kepayahan dan kesusahan rakyat.

8. Sekali lagi, BERJASA amat optimis dengan kemampuan setiap calon untuk membawa naratif baharu politik tanah air seterusnya memberikan impak dalam PRU15 ini.

Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad
Pengarah Pilihan Raya Berjasa
4 November 2022

Artikel Berkaitan