Kes rasuah antara ahli politik terus membarah. Ironinya, kita masih harapkan pemakan rasuah untuk ubah negara. Seperti negara kita ini sudah ketandusan ahli politik yang berwibawa untuk mengurustadbir negara ini.
Saya kasihan dengan pakcik makcik yang menerima ‘wang saguhati’ setiap kali gelombang pilihan raya. Waktu itulah rakyat dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Selepas PRU, batang hidung pun tidak pernah nampak.
Budaya politik wang terus menjadi norma golongan dua darjat untuk mendapatkan jawatan sejak sekian lama. Semua ahli politik yang telah terbukti disabitkan kesalahan mesti ditolak.
Akta pendanaan politik sangat penting bagi mengelakkan menyalahgunakan kuasa bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membantu parti dalam pilihan raya. Apabila akta itu dibentang dan diluluskan di Parlimen kelak, mana-mana parti bebas mencari dana untuk membiayai operasi parti termasuk pilihan raya.
Azliza Rajain
Ketua Pemudi BERJASA