BANGI – Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli mengingatkan rakyat supaya bijak memilih pemimpin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
“Jangan berikan undi anda kepada pemimpin yang cair jati diri asal mereka, hanyut dan lemas dengan budaya luar,” katanya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada situasi di Arab Saudi berhubung sambutan pesta hantu Halloween – yang mana dianjurkan meskipun acara itu bertentangan Islam.
Kesal dengan penganjuran itu, Ramli menyifatkan perayaan yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat lalu satu tamparan besar kepada imej negara Islam.
Serentak itu, beliau menggesa rakyat mempertahankan leluhur budaya ketimuran negara supaya tidak dinodai oleh budaya luar.
“Allahuakbar. Apa yang berlaku masa perayaan Halloween di Riyadh, Saudi adalah tamparan besar kepada imej negara Islam.
“Negara kita Malaysia adalah negara Islam. Jangan sampai berlaku benda yang sama nanti,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau, hari ini.
Sambutan secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi bukan sahaja mendatangkan kejutan bahkan memberi tamparan besar kepada umat Islam khususnya.
Walhal, negara penjaga dua kota suci umat Islam itu pernah mengharamkan sambutan – yang popular di negara-negara Barat dan disambut pada 31 Oktober setiap tahun – yang jelas menyalahi hukum agama.
Sumber ismaweb.net