Integriti Kunci Pemimpin Berwibawa

Kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk kekal menerajui Larut semestinya mencabar. Walaupun sudah menduduki takhta Ahli Parlimen Larut selama 3 penggal, namun beliau wajib menerima akibat dek keputusan melompat keluar dari parti BN.

Kini beliau terpaksa mengharapkan keprihatinan akar umbi PAS jika mahu terus menang. Tindakan ini hanya merugikan imej beliau yang jelas menunjukkan kehambaan kepada kuasa dan kedudukan.
Kenyataan beliau yang mengatakan tindakan melompat parti adalah untuk kepentingan rakyat, mendapat kecaman hebat dari ahli politik yang lain serta akar umbi UMNO.

Laporan Berita Harian pada 4 Ogos 2020 mengatakan kemelut lompat parti akan memberikan kesan besar terhadap sistem demokrasi negara.
Kerajaan yang sering bertukar, bakal memberi impak dek perubahan dasar yang merugikan hala tuju negara tercinta. Cent-GPS yang merupakan firma kajian sains politik, menyokong idea ini dengAan menyatakan majoriti kemelut politik Malaysia yang berlaku hari ini adalah berpunca daripada tindakan ahli politik yang melompat parti sesuka hati.
BERJASA tidak gentar untuk menghantar anak muda menentang ahli politik yang tidak berintegriti. Kekucar-kaciran arena politik tanah air hari ini perlu dirawat oleh pemimpin muda berwibawa.

Ustaz Auzaie Fadzlan, 27 tahun merupakan lulusan Al-Azhar, Mesir yang telah giat membantu anak muda Larut dan sekitarnya dalam isu sosial, pekerjaan, kewangan dan lain-lain.
Pembangunan di Larut masih terkebalakang walaupun penyandang sebelum ini telah memegang tampuk pemerintahan selama 3 penggal.

Terlalu banyak potensi untuk dibangunkan demi kesejahteraan bersama. Namun, infrastruktur yang ada pada hari ini, seakan-akan kita bukan berada di tahun 2022!

Ustaz Auzaie Fadzlan telah memulakan kerja akar umbi sejak setibanya beliau di Malaysia. Namun, dengan sumber yang terhad, usaha ini hanya akan sia-sia jika tiada kuasa di tangan. Tekad Ustaz Auzaie untuk bangunkan belia mandiri!

Artikel Berkaitan