,

IMPIAN NASIONAL 2040: Jaminan Politik dan Kepimpinan Profesional

BERJASA dengan aspirasi IMPIAN NASIONAL 2040 menjamin Politik dan Kepimpinan yang matang serta berteraskan integriti dan profesionalisme.

Tertubuh daripada denyut nadi rakyat, BERJASA sedar akan hakikat bahawa rakyat Malaysia telah lama muak dan mual dengan ahli parlimen yang berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi, kepentingan parti dan bersikap populis semata-mata.

Kita perlukan Kepimpinan Baharu Malaysia, kita perlukan kepimpinan BERJASA, kita perlukan barisan kepimpinan yang bersih, tidak dicemari dengan politik wang, amalan rasuah mahupun budaya fitnah-memfitnah.

Ayuh rakyat Malaysia, kita turun beramai-ramai untuk mengundi pada 19 November 2022 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan memilih Kepimpinan Baharu Malaysia, yakni kepimpinan yang begitu dekat di hati rakyat, cakna dengan isu semasa serta setia mendengar rintihan masyarakat.

Undilah BERJASA demi Kepimpinan Baharu Malaysia!

Fahmi Bazlan
Ketua Pemuda Parti BERJASA Malaysia
Yang Di-Pertua BERJASA Shah Alam

Artikel Berkaitan