Impian Nasional 2040 BERJASA Jamin Politik, Kepimpinan Profesional

BANGI – Negara memerlukan kepimpinan baharu yang bersih dan tidak dicemari dengan politik wang, amalan rasuah mahupun budaya memfitnah.

Selaras dengan matlamat itu, BERJASA menerusi aspirasi ‘Impian Nasional 2040’ menjamin politik dan kepimpinan yang matang serta berteraskan integriti dan profesionalisme.

Ketua Pemudanya, Fahmi Bazlan berkata, BERJASA yang tertubuh daripada denyut nadi rakyat sedar akan hakikat bahawa rakyat muak melihat suasana politik negara.

Beliau berkata, rakyat negara ini juga mual dengan ahli Parlimen yang berpolitik hanya untuk kepentingan peribadi, parti dan bersikap populis semata-mata.

“Kita perlukan Kepimpinan Baharu Malaysia yang benar-benar bersih, tidak dicemari dengan politik wang, amalan rasuah mahupun budaya fitnah-memfitnah.

“Ia akan kekal sebagai angan-angan mat Jenin jika rakyat tidak bersatu untuk menolak kepimpinan yang penuh korupsi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, 19 November ini bakal menjadi tarikh keramat untuk menempah satu lagi sejarah besar buat tanah air menerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sumber ismaweb.net

Artikel Berkaitan