Hiburan Belia, Jangan Sekat Tetapi Wujudkan Panduan

Dalam tempoh dua bulan sahaja, hampir 10 konsert hiburan dan nyanyian daripada artis luar negara bakal berlangsung di Malaysia . Lebih menyedihkan apabila terdapat kenyataan daripada pemimpin negara yang menyokong serta mempromosikan penganjuran konsert hiburan seperti KPOP atas alasan meraikan minat anak muda.

Semestinya, hiburan melampau bukan budaya kita dan perlu segera dihentikan demi membangunkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti. Kita tidak mahu anak muda bakal pimpinan negara kelak membuang masa dengan perkara yang tidak membangunkan intelektual malah tidak mendatangkan sebarang manfaat dalam pembinaan sahsiah diri.

Kementerian yang terlibat dalam membangunkan belia serta masyarakat, mahupun yang membangunkan sahsiah rohani perlu bekerjasama dengan sangat rapat. Kerjasama inilah yang bakal membentuk pembangunan yang holistik. Jangan biarkan agenda ini kekal retorik jika tiada sebarang pelaksanaan.

Dr. Mohamad Nor bin Sundari

Artikel Berkaitan