Gerakan Tanah Air Dipimpin Ahli Berintegriti Dan Berwibawa

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2022 – “Kita perlu bersatu kerana persatuan itu memberi kekuatan tetapi bukan bersatu dengan orang yang tidak bermoral dan salahguna kuasa”, berkata Pengerusi Gerakan Tanah Air dalam ucapan perasmian Himpunan Nasional 2022.

Himpunan yang dihadiri oleh hampir 2000 peserta dari seluruh negara itu julung kali diadakan oleh Berjasa Malaysia pada peringkat nasional. Turut dihadiri pemimpin tiga lagi parti utama dalam Gerakan Tanah Air iaitu Parti Pejuang, Iman dan Putra.

Tun Dr Mahathir berkata, Gerakan Tanah Air memilih orang yang tidak dipalit dengan keburukan parti yang tidak bertanggungjawab. Gerakan Tanah Air berjaya menyatukan orang melayu yang bersih dan mengutamakan bangsa, negara dan agama.

Majlis perasmian yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat itu diakhiri dengan gimik video montaj dan pelancaran lagu rasmi parti Berjasa.

Oleh: Nurul Hajjar Binti Atan

Artikel Berkaitan