Gerakan Tanah Air Bukan Pemecah Belah Orang Melayu

Utama /

“Hilang Melayu, Lumpuh Melayu, bermakna Islam juga akan lumpuh.” Petikan dari ucapan Tun Mahathir Mohamad dalam Himpunan Nasional BERJASA 2022. Malaysia telah pun mencapai 65 tahun kemerdekaan namun realiti masa kini kekacauan banyak berlaku dalam pimpinan politik terutamanya bangsa Melayu. Penduduk asal Malaysia ialah orang Melayu namun orang Melayu sendiri bertebaran ke luar negara. Maka, dengan itu diwujudkan Gerakan Tanah Air dengan banyak asbab.

Malaysia mempunyai 70% orang Melayu maka sebab itulah diwujudkan Gerakan Tanah Air bagi mengembalikan semula orang Melayu dalam menyatupadukan orang Melayu dimana parti politik pada masa ini telah pun berpecah-pecah. Gerakan Tanah Air tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang merasuah, mencuri atau ada kesalahan jenayah maka sebab itu diwujudkan gerakan ini dalam kalangan mereka yang bebas daripada unsur-unsur ini.

Melayu sudah berpecah? Gerakan ini bukan untuk memecahkan tetapi menyatukan semula orang Melayu. Gerakan ini bukan melawan sesama orang Melayu namun bertujuan untuk mencantumkan semula orang Melayu. Gabungan parti bukan hanya untuk merebut kuasa tetapi untuk kesatuan orang Melayu dan Islam itu sendiri.

Bukan hanya orang Melayu malah orang bukan Melayu juga bakal dapat manfaat daripada Gerakan Tanah Air ini. Hal ini kerana kepimpinan daripada orang Melayu yang bersih dan baik bakal membentuk negara yang harmoni untuk keselesaan semua kaum. Gesaan untuk bersama-sama dalam menggerakkan gerakan ini.

Akhir kata, kewujudan gerakan tanah air ini bukan cuma-cuma, namun ia mempunyai agenda yang besar demi perjuangan untuk orang Melayu daripada terkongkong dengan kepimpinan barat. Bersamalah kita pimpin negara!

Nordiana Mat Salleh

Artikel Berkaitan