KBS Jangan Terlalu Eksklusif Untuk Bantu Belia

Kecoh di lebuhraya Georgetown disebabkan kemalangan yang meragut nyawa anak muda kita berumur seawal 17 tahun. Salam takziah saya ucapkan buat semua keluarga mangsa yang terlibat. Saya mohon kepada sahabat mangsa untuk jadikan ini sebagai pengajaran. Aktiviti lumba haram hanyalah membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Saya juga ingin menjemput “ikon permotoran” Haqiem Stopa yang diangkat oleh YB Wan Ahmad Fayhsal untuk berbincang dengan saya permasalahan sebenar aktiviti ini. Saya sedia berganding bahu demi pembangunan anak muda Malaysia kearah yang lebih terjamin.

Sebenarnya sudah banyak cadangan untuk buka ruang litar permotoran yang lebih meluas buat semua anak muda. Namun, kementerian yang terlibat hanya mengambil sikap acuh tak acuh terhadap solusi tersebut. Saya kembali menggesa Kementerian Belia & Sukan, YB Faizal Azumu untuk bertanggungjawab terhadap isu ini dengan memberi ruang yang lebih besar buat anak muda untuk beraksi di litar sebenar.

Kita mempunyai ramai pelumba motosikal negara yang sangat berpotensi tinggi untuk pergi lebih jauh seperti Hafizh Syahrin, Adam Norrodin, Khairul Idham Pawi, Zulfahmi Khairuddin dan banyak lagi. Saya mohon satu platform khas dibina untuk anak muda diluar sana sertai agar lebih banyak potensi besar dapat digilap. Seperti projek pelapisan sebagai pelumba ataupun kru, program lumbaan mingguan di litar dan banyak lagi inisiatif yang boleh dibangunkan bersama.

Fahmi Bazlan
Ketua Pemuda
BERJASA MALAYSIA

Artikel Berkaitan