Calon Bangi Pejuang-Berjasa Mahu Bela Hidup Belia

Daripada bank duit datang, kepada bank ia kembali. Kata-kata ini sangat sinonim pada hari gaji dan jelas menggambarkan betapa peritnya keadaan ekonomi negara yang mengesani rakyat, terutama golongan belia.

Bayar sewa rumah, hutang kereta, hutang yuran pengajian, gaji pengasuh, yuran sekolah anak-anak dan pelbagai lagi komitmen lain. Sedar tak sedar, hanya tinggal separuh gaji sahaja untuk bekalan selama 30 hari berikutnya.

Disebabkan desakan ekonomi ini, majoriti rakyat, khususnya golongan belia yang masih belum stabil pendapatannya, terpaksa melakukan dua hingga tiga pekerjaan semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Pagi sampai petang bekerja di pejabat, habis waktu pejabat buat perkhidmatan e-hailing, hujung minggu pula terpaksa berniaga atau buat kerja sampingan lain, sehingga terabai waktu untuk bersama anak-anak dan keluarga, hatta untuk diri sendiri sekalipun.

Tiada istilah ‘work-life balance’ dalam kamus hidup kita hari ini. BERJASA yakin dan percaya, seluruh rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan yang kompeten untuk memimpin Malaysia pasca PRU15 dan seterusnya memulihkan ekonomi negara. Bukan lagi dipimpin oleh parti politik yang korup, berkepentingan peribadi dan hanya ingin menyelamatkan poket sendiri.

Kita akan lakukan lebih jika terus diberi peluang kepada Gerakan Tanah Air (GTA) pada PRU15 ini, pangkah PEJUANG untuk BERJASA, demi ekonomi negara yang lebih sejahtera!

Ustaz Annuar Salleh
Calon P102 Parlimen Bangi
11 November 2022

Artikel Berkaitan