PETALING JAYA: BERJASA sentiasa terbuka menonjolkan anak muda ke hadapan dalam arena politik negara.
Setiausaha Agung BERJASA, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, gandingan hebat dari pelbagai latar belakang serta golongan professional politik yang kukuh memberi impak positif buat parti berkenaan
“Meskipun dilihat sebagai sebuah parti baharu, kepimpinan BERJASA yang disertai dan dipimpin golongan anak muda profesional daripada pelbagai latar belakang menonjolkan kelainan berbanding parti utama lain.
“Calon-calon yang akan ditampilkan BERJASA terdiri daripada anak-anak muda profesional dengan pelbagai jenis kepakaran bagi membangunkan naratif negara yang unggul dan bermaruah,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.
Lukman berkata, situasi ini sukar dilakukan oleh parti-parti utama lain disebabkan budaya ‘seniority’ atau birokrasi dalam parti mereka.
Justeru itu, BERJASA menawarkan pentas politik baharu untuk disertai anak muda yang berminat menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), penggerak politik atau sekadar menjadi ahli di dalam parti.
“Penawaran ini terbuka kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira bangsa, latar belakang pendidikan, status ekonomi mahupun lokasi tempat tinggal.” katanya.
Sumber: sumberkini.my