- Parti BERJASA percaya Malaysia akan mampu menjadi Negara unggul dan bermaruah apabila tampuk pemerintahannya dipegang oleh pimpinan Melayu Islam yang teguh ajaran Islam dan adat ketimuran serta berkebolehan.
- Parti BERJASA turut menjaga kepentingan kaum lain selaras dengan kontrak sosial yang membentuk Perlembagaan Persekutuan Negara.
- Pimpinan Melayu Islam yang unggul akan membawa kesejahteraan bukan hanya kepada kaum Melayu dan orang Islam di Malaysia, tetapi juga kepada seluruh rakyat berbilang kaum dan agama. Parti BERJASA komited dalam membawa gagasan Malaysia bertunjangkan pimpinan Melayu Islam berwibawa dengan sokongan pimpinan kaum lain dalam membentuk sebuah Negara unggul dan bermaruah.
- Parti BERJASA dibarisi pimpinan dan ahli baharu yang berintegriti serta bebas dari mana-mana rekod jenayah rasuah, salah guna kuasa dan salah laku. Parti BERJASA juga bebas dari segala pengaruh luar termasuk dari pemberi-pemberi dana, taikun dan kuasa asing.
- Dasar dan polisi parti BERJASA dibentuk oleh ahli dan majlis perundangannya yang tersendiri terdiri daripada nak jati Malaysia yang semata-mata ingin melihat Negara ini membangun.
- Pendirian dan tindakan parti BERJASA sentiasa dipandu oleh pakar-pakar rujuk dan tokoh-tokoh masyarakat. Kepakaran mereka digunakan sepenuhnya dalam memastikan setiap langkah parti diambil dengan pertimbangan strategik, etika dan tatacara yang tepat.
- Pimpinan dan calon-calon BERJASA dipilih berdasarkan kelayakan dan pengalaman bagi memastikan BERJASA dipacu dan disokong oleh golongan yang berintegriti, berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.
- Parti BERJASA merupakan parti baru dan muda yang didokong oleh golongan anak muda. Semangat dan tenaga anak muda yang berkobar-kobar dipandu dan dituntun tokoh-tokoh yang lebih berpengalaman dalam memastikan perjuangan mereka berkesan, berpanjangan dan berhikmah.
- Dasar polisi parti juga mengambil kira pandangan dan kepentingan belia dan anak muda sekaligus menjadikan BERJASA sebuah parti masa hadapan.
Ucapan dasar Presiden BERJASA,
Hj Zamani Ibrahim
Himpunan Nasional 2022