BERJASA Kecam Pihak Pertikai Arahan Kerajaan Supaya Kilang Arak Henti Operasi

1.Parti BERJASA mengambil maklum satu laporan media oleh Free Malaysia Today (FMT) terhadap bantahan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) terhadap pengumuman kerajaan untuk kilang-kilang arak dihentikan operasi serta-merta ketika tempoh ‘lockdown’ ini.

2.Pihak Dewan Perniagaan tersebut menyatakan bahawa arahan kerajaan tersebut merupakan satu tindakan ‘diskriminasi’ terhadap industri itu.

3.Kenyataan ini adalah kenyataan yang tidak berasas sama sekali. Industri arak tidak dikategorikan sebagai ‘essential sector’ dan ia amat tidak munasabah sekiranya dikategorikan sebagai perlu.

4.BERJASA ingin mengingatkan bahawa industri arak telah membawa banyak keburukan. Ribuan nahas telah direkodkan dengan menatijahkan ribuan kematian. Lebih menyedihkan saban tahun kita dihidangkan dengan kes kematian mangsa yang tidak bersalah akibat daripada perbuatan pemandu mabuk.

5.Arak, secara saintifiknya telah dibuktikan membawa banyak kemudaratan terhadap sistem kesihatan badan manusia. Disebabkan itu tidak peliklah hampir semua agama mengharamkan arak kepada setiap penganutnya.

6.BERJASA menegaskan bahawa semua pihak perlu mendokong arahan penutupan kilang-kilang arak. Pihak kerajaan juga didesak untuk tidak tunduk kepada tekanan daripada mana-mana pihak serta perlu mempertahankan keputusan yang telah dibuat.

Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA Malaysia.

Artikel Berkaitan