BERJASA Hantar 13 Orang Calon Atas Tiket PEJUANG

1. BERJASA sebagai sebuah parti anak muda hari ini telah menghantar 14 orang calon daripada BERJASA yang akan bertanding atas tiket PEJUANG melalui gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang akan membawa naratif politik segar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2. Calon-calon BERJASA pula terdiri daripada Pakar Perunding Bedah Ortopedik, Dr Mohamad Nor Bin Sundari, mantan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Hal undang-undang, Jabatan Perdana Menteri, Dato Mohd Rosli Ramli, Bekas Nazir, cikgu Zulkifli bin Yahya, pemimpin NGO, Ustaz Zamani bin Ibrahim yang juga Presiden Berjasa, pendidik Ustaz Shahruzzaman bin bistamam, ustaz Pathan bin Hussin, Ustaz Hamidi bin Abu Hassan, aktivis masyarakat, Fahmi Bazlan bin Muda, Muhammad Nazriq bin Abdul Rahman, Meor M. Azim bin Meor Aznam dan calon termuda, Auzaie bin Fadzlan Shahidi serta calon tunggal wanita, Dr. Rashidah binti Abd Rahman yang bakal bertanding di 9 Parlimen dan 4 Dun.

3. Tujuan BERJASA bertanding pada PRU15 ini adalah ingin menjadi ‘game-changer’ yang merubah undang-undang permainan politik Malaysia yang selama ini didominasi para ‘career-politician’.

4. BERJASA yakin Malaysia memerlukan kepimpinan baharu untuk menjadi negara yang unggul dan bermaruah setelah Barisal Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) gagal meskipun telah diberikan peluang.

5. Peluang juga harus diberikan kepada GTA dan BERJASA untuk membuktikan kemampuan para profesional, usahawan dan tokoh NGO untuk memimpin negara.

6. Menumbangkan elit politik dan golongan penyangak dari tampuk kepimpinan negara, BERJASA pasti akan mampu mengembalikan segala hasil kekayaan dan kemajuan negara kepada rakyat, seterusnya meningkatkan taraf ekonomi dan sara hidup mereka.

7. Segala projek transformasi pendidikan, pembangunan sains dan teknologi serta projek kelestarian alam sekitar akan dipacu dengan lebih efektif dan telus tanpa sebarang ketirisan.

8. Malaysia pasti menjadi negara yang unggul serta dihormati dunia dengan kepimpinan baharu yang berteraskan identiti nasional yang padu serta kemahiran mengurus negara bertaraf dunia.

Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad
Ketua Pengarah Pilihan Raya Berjasa.
7 November 2022

LAMPIRAN
Berikut merupakan senarai penuh calon-calon daripada parti BERJASA dan kawasan Parlimen serta DUN yang bakal ditandingi:

𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍:
1) Ustaz Zamani bin Ibrahim – P133 Tampin
𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍:
2) Dato’ Mohd. Rosli bin Ramli – P125 Putrajaya
𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊:
3) Auzaie Fadzlan Shahidi – P056 Larut
4) Cikgu Zulkifli bin Yahya – N07 Batu Kurau
5) Meor Muhammad Azim bin Meor Aznam – N58 Slim
6) Ustaz Shaharuzzaman bin Bistamam – N39 Belanja
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑:
7) Fahmi Bazlan bin Muda – P111 Kota Raja
8) Pathan bin Hussin – P109 Kapar
9) Ustaz Annuar bin Salleh – P102 Bangi
𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆:
10) Ustaz Hamidi bin Abu Hassan – P041 Kepala Batas
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀:
11) Muhammad Nazriq bin Abdul Rahman – P135 Alor Gajah
𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆:
12) Dr. Mohammad Nor bin Sundari – P082 Indera Mahkota
13) Dr. Rashidah binti Abd Rahman – N13 Semambu

Artikel Berkaitan