Berjasa akan perkukuh sekolah kebangsaan sebagai medium perpaduan

BERJASA melihat sekolah kebangsaan adalah elemen penting dalam pembangunan sebuah negara bangsa. Sekolah kebangsaan adalah medium penyatuan rakyat. Kanak-kanak yang disatukan sejak sekolah rendah lebih memahami erti perpaduan yang sebenar.

Melentur buluh biarlah, dari rebungnya, adalah antara ungkapan yang sangat sinonim serta selalu diulang oleh kita. Namun, ia hanya akan kekal sebagai teori yang cantik diatas kertas jika tiada sebarang praktikal dilakukan. Perpaduan adalah elemen penting pembangunan negara yang perlu ditekankan lebih oleh kerajaan akan datang. BERJASA telah gariskan dengan penuh terperinci keberhasilan elemen ini didalam Impian Nasional BERJASA 2040.

Elemen inilah definisi sebenar kestabilan masa depan yang kita semua impikan. Perlembagaan Persekutuan bukan sekadar atas kertas, tetapi fokus kepada pelaksanaan.

 

Zulkifli Yahya

Setiausaha Agung BERJASA

Artikel Berkaitan