AHLI JAWATANKUASA

Ustaz Shaharuzzaman bin Bistaman

Ustaz Shaharuzzaman Bin Bistamam telah dilahirkan pada tanggal 27 Julai 1969. Beliau merupakan anak keenam dari tujuh orang adik beradik. Kampung kelahirannya bernama Kampung Alur Kechur, Layang-layang Kanan, Parit, Perak. Ayahnya bekerja sebagai seorang penoreh getah, pesawah padi dan petani. Sementara ibunya pula adalah seorang suri rumah yang sering membantu suami melaksanakan kerja-kerja kampungnya.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal peringkat sekolah rendah di SK Layang-layang Kanan dan SAR Al-Yunusiah Kg Alur Kechur. Di peringkat menengah beliau menyambung pelajaran di SMAN Izzuddin Shah, Ipoh hingga ke tingkatan lima. Seterusnya beliau mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama di SMAN Raja Perempuan Taayah Ipoh.

Setelah tamat pengajian di sekolah tersebut beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir. Di sini beliau telah mengambil jurusan usuluddin dengan pengkhususan dibidang aqidah dan Falsafah. Setelah mendapat ijazah sarjana muda usuluddin beliau menyambung pelajaran di peringkat sarjana di Pusat Pengajian Tinggi Hassan Bakuri, Zamalek, Mesir namun beliau tidak menghabiskan pembelajaran diperingkat tersebut atas faktor kekangan kewangan dan keluarga.

Kerjaya

Ustaz Shaharuzzaman telah terlibat dalam bidang pendidikan sekolah rendah dan menengah sejak lebih 20 tahun yang lalu. Berikut antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau:-

  1. Guru Besar Sekolah Rendah Al-Hidayah (1998 – 2009)
  2. Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin (2010 – 2019)
  3. Timbalan Pengarah Operasi AIM (2010 – 2016)
  4. Guru Besar Sekolah Rendah Imtiyaz (2017)
  5. Timbalan Pengetua Maahad Imtiyaz (2018 – 2019)

Penglibatan dalam NGO

Terlibat aktif bersama dua buah badan bukan kerajaan iaitu:-

  1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Pernah menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa ISMA Pusat & Ahli Majlis Syura

  1. Aman Palestin Malaysia Berhad

Dilantik sebagai pengerusi aman palestin negeri Perak dan terlibat dalam Misi keamanan ke Semenanjung Gaza (2012) serta ke kota AlQuds (2017).

  1. Pernah terlibat sebagai tetamu jemputan radio IKIM berkaitan Gaza (2009) & Panelis Al-Kulliyah Tv3 bertajuk Nakbah Palestin.

Penglibatan dalam masyarakat:-

Terlibat aktif dalam memberi kesedaran dan kefahaman Islam kepada masyarakat setempat. Antara penglibatan beliau ialah seperti berikut:-

  1. Imam 1 Masjid Idris Iskandar Shah 1, Kampung Sungai Rokam, Ipoh.
  2. Guru Agama Dakwah Negeri Perak (2001 – 2008)
  3. Guru Agama Tauliah Negeri Perak (2003 – 2019)

Penglibatan dalam Politik:-

Beliau telah terlibat dengan kempen pilihanraya sejak tahun 1998 hingg kini. Terlibat aktif dengan parti berjasa pada pilihanraya ke 13 dan dipilih untuk menjadi calun parlimen P072 Tapah, Perak. Sekarang beliau adalah salah seorang ahli jawatankuasa pusat berjasa dan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Perhubungan Berjasa Negeri Perak.

Kekeluargaan:-

Ustaz Shaharuzzaman mempunyai seorang isteri iaitu Ustazah Nurafifah Binti Badaruddin. Alhamdulillah pasangan suami isteri ini dianugerahkan Ilahi 9 orang cahaya mata (3 lelaki & 6 perempuan).