NAIB PRESIDEN

Ustaz Mohd Hazizi bin Ab Rahman

Mohd Hazizi bin Ab Rahman, dilahirkan pada 27/2/70 di Port Dickson Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN

Mendapat pendidikan awal di Sek Ren Keb KGV Ampangan, peringkat menengah rendah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said Seremban, menengah atas di Maktab Mahmud Alor Setar.

Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar dan Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia.

Sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran falsafah dalam bidang Politik dan Kepimpinan.

Berpengalaman selama 23 tahun dalam lapangan bina insan melalui badan bukan kerajaan.

KERJAYA

-1996: Penyelaras Program di Care Consultant

-1997: Penolong Pengetua (HEP) di Institut Pengajian Tinggi Islam dan Bahasa Arab, Muar.

-2005: “Content Expert” di Impian Teknik Intergrated System, sebuah syarikat Melayu yang membangunkan perisian e-learning.

-2007: Aktivis sepenuh masa di Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

-2012: Perunding pembangunan sumber manusia dan pendakwah bebas bertauliah daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Agama Islam Selangor.

Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia.

Berkeluarga dengan enam orang cahaya mata. Kini menetap di Kg Baru Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.