AHLI JAWATANKUASA
Ustaz Abdul Fisol bin Mohd Isa
Nama Abdul Fisol Bin Mohd Isa.Lahir di Pendang Kedah pada tahun 1959.Anak ke 6 dari 8 orang adik beradik.Berkahwin dengan Junainah Binti Jaafar. Dikurniakan anak seramai 3 orang.
Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Air Putih Pendang Kedah.Kemudian ke Maktab Mahmud Alor Setar sehingga tingkatan 6 atas.Menyambung Ke Darul Ulum Nadwatul Ulama U.P, Lucknow India selama 4 tahun.Mengambil syahadah AnNadwi dalam pengajian hadis.Kemudian sambung ke Universiti Al Azhar kuliah Usuluddin, pengajian tafsir.
Pengalaman bekerja
1993 – Guru bahasa arab dan pengajian Islam di Maahad Tarbiah Islamiah Tunjung ,Perlis.
1994 – 1998 – Guru bahasa arab dan fardhu ain di Maahad Tahfiz di Dar Alquran wal hadis di Taman Permata Selangor.
1999 – Kembali ke Kedah berkhidmat sebagai guru bahasa Arab dan fardhu ain di masjid2 di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.
2013 – memiliki pusat pengajian sendiri ’Pondok USF’ di Alor Setar.
Khidmat masyarakat
1997 – terlibat dengan Isma
- Ahli Majlis Syura Isma
- Nydp Isma Alor Setar
- Ketua Biro Tarbiah
- AJK biro tarbiah
2013 terlibat sebagai calun Berjasa dalam pru 13 di parlimen Alor Setar dan calun dewan undangan negeri dun Derga.