Posts

AHLI PARLIMEN JANGAN GADAI MASA DEPAN NEGARA

Ketidaktentuan suasana politik negara dua tiga hari ini amat membimbangkan. Bukan sekadar memberi kesan kepada kestabilan pemerintahan negara malah yang paling terkesan adalah kedudukan ekonomi negara.

Ketidakstabilan pemerintahan sesebuah negara kerana percaturan politik tidak boleh dipandang enteng. Perubahan pemerintahan dari sesebuah parti politik kepada parti politik yang lain boleh jadi baik atau sebaliknya. Kita boleh lihat bagaimana ‘geringnya’ ekonomi negara pasca Mei 2018 akibat pasukan yang tidak kompeten menerajui Putrajaya.

Dalam masa yang kritikal bagi membentuk kerajaan ini, sudah pasti wujud elemen tawar-menawar dalam apa jua perkara. Rakyat sudah muak dengan politik wang dan janji kuasa yang tidak berkesudahan yang hanya mengenyangkan politikus. Berlaku jujurlah dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat, agama, bangsa dan tanahair.

Hentikan segera persengketaan politik dan selesaikan percaturan kerusi Ahli Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan persekutuan berteraskan identiti nasional iaitu Melayu & Islam tanpa mengetepikan agama dan kaum lain.

Hazwan Mohamad,
Ketua Pemuda BERJASA.