PENOLONG BENDAHARI
Cik Siti Aishyah bt Sulaiman
Siti Aishyah binti Sulaiman, dilahirkan pada 19 Januari 1994 di Hosital Tanah Merah, Kelantan.
Akademik
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batang Merbau, Kelantan (UPSR 5A), Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, Kelantan dari tahun 2007 hingga 2011. Beliau menempa kecemerlangan dengan mendapat 8A dalam PMR dan 9A dalam SPM.
Beliau melanjutkan pelajaran di Uitm Puncak Alam jurusan Asasi Sains dan memperoleh CGPA 4.0 dan melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Matematik)
Pengalaman kerja:
2016 : Latihan Industri di Khazanah Research Institute
Disember 2016 hingga Disember 2017 : Pegawai Kewangan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU)
Januari 2018 hingga sekarang : Pengurus Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah
Aktivisme dan NGO
- Calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM sesi 2015-2016
- Naib YDP Kelab Matematik 2014-2015
- Timbalan Biro Kepimpinan dan Politik Kampus Pembina UKM
- Timbalan Biro Latihan dan Kepimpinan Cawangan Pembina Bangi