AHLI JAWATANKUASA

Puan Azura bt Ali

Azura binti Ali merupakan anak kelahiran Melaka Bandaraya Bersejarah. Dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 9 Jun 1984.

Akademik

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam(1991—1994)dan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bandar (1994-1996). Kemudian meneruskan pembelajaran menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka (STPM) dari 1997-2001

Beberapa bulan setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun 2001,berdasarkan keputusan percubaan SPM, beliau terus ditawar untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas (kemasukan Januari 2002)

dengan mendapat biasiswa tajaan Petronas di bidang Kejuruteraan Awam.

Aktif semasa di universiti menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan program motivasi di sekolah menengah dan juga di beberapa universiti tempatan.

Menamatkan pengajian pada 2008 dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Awam.

Pengalaman Kerja

2005 Perunding Makmur Consulting Engineer (Latihan Industri)

2016 Pegawai Perhubungan Maghfirah Pustaka Sdn Bhd

2019 Direktor Nuh Travel and Tours Sdn Bhd

Aktivisme

—Banyak dijemput menjadi penceramah motivasi ke sekolah dan institut pengajian tinggi

– Aktif menjalankan program membina jatidiri buat anak anak 7-12 tahun di sekitar Kajang

– Mengusahakan Kelas Sahabat Quran (SAQ) dibawah Yayasan Maghfirah secara percuma untuk anak anak PPR

-Penolong Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Darul Insyirah 2014-2016

-Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA Kajang (2016-2018)

– Penasihat Pendidikan Yayasan Maghfirah (2017-kini)