KETUA WANITA

Pn. Azizah bt Che Awang

Azizah binti Che Awang, dilahirkan di Tumpat, Kelantan pada tanggal 07 Ogos 1959.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tumpat, Kelantan dan meneruskn pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah berasrama penuh di Johor Bahru iaitu Sekolah Tun Fatimah(STF).

Selepas berjaya mendapatkan segulung Diploma Sains serta Pendidikan(Kimia) dari UTM, KL 1983, beliau ditempatkan sebagai seorang guru di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam, Selangor pada tahun yang sama dan seterusnya bertukar ke SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Klang dan sekolah terakhir beliau d SMK adalah SMK(P) Kapar sebelum berpindah mengikut suami ke Kota Tinggi pada akhir tahun 1992.

Bermula 1993,kerjaya beliau sebagai seorang pendidik di bilik darjah telah beralih ke bahagian pengurusan dan pentadbiran apabila ditawarkan ke sekolah rendah sebagai pentadbir sekolah.

Bermula awal tahun1993 , beliau menjawat jawatan Penolong Kanan Pentadbiran selama 3 tahun di dua buah sekolah di Kota Tinggi dan seterusnya pada tahun 1995 menjawat jawatan Guru Besar selama 20 tahun di empat buah sekolah di Kota Tinggi sebelum memilih bersara awal pada 1 Dis 2015 dengan gred DG44.

Pembelajaran sepanjang hayat telah memberi peluang kepada beliau untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda pada tahun 2006-2009 di UTHM, Batu Pahat Johor dan telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) Kelas Pertama di usia 50 tahun.

Sepanjang 32 tahun sebagai pendidik(9 tahun di SMK dan 23 tahun di SK),beliau telah dianugerahkan sebanyak tiga kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 1993,2002 dan 2010 serta Anugerah Guru Besar Cemerlang DG38.

Berpeluang menghadiri pelbagai kursus pengurusan pentadbiran, kewangan, akademik,kepimpinan dan  pengurusan sumber manusia telah melayakkan beliau menjawat exco majis guru besar daerah selama 20 tahun, ketua panitia daerah dan pelbagai jawatankuasa peringkat negeri dan daerah termasuk menjadi jurulatih utama untuk matematik kbsr dan ketua pasukan menanda kertas 2 matematik sk peringkat kebangsaan.

Beliau pernah membentang kertas kerja dalam  seminar pengurusan pendidikan d UTHM, ceramah dalam kursus kepimpinan teragih untuk guru besar negeri johor, memberi executive talk di peringkat daerah, ceramah motivasi atas jemputan sekolah dan parenting talk kepada ibubapa anjuran pibg dan ngo.

Setelah bersara, beliau meneruskn khidmat bakti kepada masyarakat dengan bergiat dalam ngo Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Johor Bahru, Ahli Jawatankuasa Helwa Masjid Al Muttaqiin Kota Tinggi,Ahli kumpulan Dhuha Masjid Jamek Kota Tinggi dan Ahli Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Kota Tinggi, Jabatan Kebajikan Masyarakat.