PENOLONG SETIAUSAHA
En. Muhammad Thalhah bin Kamarol Zaman
Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman, dilahirkan pada 30 Ogos 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.
Akademik
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tunku Muda Serting, Bahau, Negeri Sembilan. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Seremban dari tahun 2008 hingga 2012. Sepanjang berada di SDAR beliau menempa kecemerlangan dengan mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.
Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di INTEC Education College dan berjaya menjadi antara pelajar terbaik dengan mendapat keputusan cemerlang 3A dalam peperiksaan A-Level. Kejayaan ini telah melayakkan beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Ekonomi di Durham University dan telah menamatkan pengajian pada June 2018.
PENGALAMAN KERJA
2018- Penganalisis Ekonomi di Zaaba Institute of Leadership
AKTIVISME DAN NGO
2017- Timbalan Presiden Durham University Islamic Society
2018- AJKC Ikatan Muslimin Malaysia cawangan UK dan Ireland
PENCAPAIAN
2010- Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri
2011 dan 2012- Johan Pertandingan Debat Antara Sekolah-Sekolah Malaysia
2016- Johan Manchester Intellectual Debate
2016- Pendebat Terbaik Keseluruhan MID