KETUA PEMUDA

En. Iqbal Hakim bin Abdul Razak

Iqbal Hakim bin Abdul Razak, dilahirkan di Kota Kinabalu Sabah pada tanggal 05 Januari 1989.

Akademik

Anak bongsu daripada empat orang adik beradik, beliau mendapat pendidikan awal di SRK St John Tuaran. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di MRSM Kuching, Sarawak pada tahun 2001-2003 dan MRSM Serting pada tahun 2004-2005.   Pendidikan beliau diteruskan di Taylor’s University College pada tahun 2006-2008 dan beliau memperoleh kelulusan South Australia Certificate of Education, sekaligus menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di University of New South Wales, Sydney Australia dalam bidang kejuruteraan.

Kini beliau dalam proses menamatkan Sijil Profesional Shariah Registered Financial Planner di bawah kelolaan Malaysian Financial Planning Council (MFPC) di Kuala Lumpur.

Pengalaman Bekerja

– 2012-2013: Usahawan dalam bidang emas dan perak fizikal

– 2013-2015 : Jurulatih Program Kemahiran Komunikasi remaja dan kanak-kanak bagi beberapa buah syarikat Rundingan dan Latihan di sekitar Lembah Klang.

– 2016: Eksekutif Muda dalam Syarikat multinasional (berpusat di Singapura) dalam bidang rundingan dan perkhidmatan pelanggan

– 2017 sehingga kini: Usahawan Perancang Kewangan Peribadi sepenuh masa

Penglibatan dalam NGO

– 2015/16: AJKP PEMUDA ISMA

– 2012/2013: AJKP Persatuan Belia Islam Nasional PEMBINA

Penglibatan Politik

– PRU13: Pembantu Peribadi calon Parlimen Subang P104 dan DUN Kajang N25

– 2013 sehingga kini: Ketua Pergerakan Pemuda Berjasa