AHLI JAWATANKUASA

En. Hazwan bin Mohamad @Awi

Hazwan bin Mohamad, dilahirkan pada tanggal 6 Jun 1992 di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (2) Jalan 1/10 Petaling Jaya dan meneruskan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS).

Selepas mendapatkan segulung Diploma Perakaunan di UiTM Alor Gajah Melaka, beliau seterusnya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan di Cardiff University, United Kingdom.

Selepas pulang ke tanah air pada tahun 2015, beliau berkhidmat dengan Firma Perakauanan terbesar dunia Ernst & Young selaku Juruaudit.

Pada awal tahun 2019, beliau dipanggil berkhidmat sebagai Eksekutif Perakaunan di syarikat multinasional minyak dan gas.

Beliau juga sedang melanjutkan pengajian untuk mendapatkan sijil pentauliahan Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).

Saudara Hazwan terlibat aktif dalam kepimpinan masyarakat terutamanya golongan muda. Beliau merupakan Presiden Professional Muslim Community (PMC) dan juga Pengerusi Pertubuhan Ikatan Akauntan Muslim Malaysia (i-Akauntan).

Kepakaran beliau dalam bidang pengucapan awam dan debat menyebabkan beliau kerapkali dijemput memberi ceramah dan seminar berkaitan pengucapan awam dan debat di universiti dan juga persatuan seluruh Malaysia. Beliau seringkali dijemput memberi pencerahan berkaitan isu-isu semasa negara dan global.