AHLI JAWATANKUASA

En. Bariman bin Yasimin

Hj Bariman Bin Yasimin telah dilahirkan pada 20 Februari 1956. Beliau dilahirkan di Kampung Parit Hj Adnan, Pekan Nanas, Johor.

Beliau merupakan anak ke tiga dari tiga orang adik beradik. Ayahnya seorang petani dan penoreh getah. Ibunya seorang suri rumah dan juga pembantu kepada suami dalam kerja-kerja seharian.

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di SK Kampung Parit Hj Adnan. Menyambung  persekolahan di SM Pekan Nanas sehingga tingkatan tiga. Berjaya melanjutkan pelajaran ke Sek Men Teknik Tuanku Jaafar, Seremban Negeri Sembilan sehingga tingkatan lima. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke  Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak dalam bidang Kejuruteraan Awam (1977 – 1979) dan Diploma Kejuruteraan Awam, Institut Teknologi Mara Shah Alam (1981 – 1983).

Perkhidmatan dan Pengalaman

  1. Berkhidmat sebagai Juruteknik Awam di Jabatan Perumahan Negara (1980 – 1981)
  2. Berkhidmat sebagai Penolong Jurutera di Jabatan Kerja Raya sehingga ke jawatan terakhir sebagai Penolong Jurutera Kanan (1983 – 1997).
  3. Bersara Awal untuk menceburkan diri di bidang kontraktor (1998 – 2007).
  4. Menjadi Setiausaha, Masjid Taman Kota Jaya, Kota Tinggi (2008 – sekarang).

Bertanggung jawab mengenai urusan menaiktaraf surau biasa kepada Surau Jumaat dan mendapat Anugerah Surau Cemerlang Peringkat Negeri Johor dalam pertandingan surau cemerlang peringkat Negeri Johor pada tahun 2014 dan seterusnya naiktaraf surau kepada Masjid Al-Muttaqin, Taman Kota Jaya pada tahun 2016.

Bertanggungjawab untuk naiktaraf bangunan surau dan keperluan prasarana yg berkaitan untuk meningkatkan kapasiti jemaah dari seratus orang kepada seribu orang jemaah dengan jumlah peruntukan rm 1.0 juta pada tahun 2012.

  1. Penerima Anugerah Ibu Bapa Mithali peringkat Daerah Kota Tinggi mewakili Dewan Undangan Negeri Pasir Raja sempena Sambutan Ma’al Hijrah peringkat Daerah Kota Tinggi 2015.
  2. Menjadi Penasihat Aman Palestin Johor dan penceramah mengenai isu-isu berkaitan Palestin.
  3. Menjadi NYDP Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Johor Bahru sehingga 2018.
  4. Menjadi Penasihat Yayasan Ikhlas Johor.
  5. Menjadi Duta Aman Palestin untuk misi agihan bantuan ke Palestin, Semenanjung Gaza tahun 2012.
  6. Menjadi Ahli Jawatankuasa Berjasa Pusat dan Ketua Perhubungan Berjasa Negeri Johor.

Perkahwinan

Alhamdulillah Telah bernikah dengan Azizah Binti Che Awang pada tahun 1983 dan dikurniakan Allah dengan tujuh orang cahaya mata ( tiga lelaki dan empat perempuan)