PRESIDEN

Dato Ir. Ts. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, F.A.Sc

MAKLUMAT PERIBADI

Dilahirkan di Sg. Balang, Muar, Johor pada 1 Disember, 1963.

Mendirikan rumahtangga dengan Datin Hajjah Noorzaimen A.Kadir pada tahun 1983 dan dikurniakan 7 orang cahayamata.

PENDIDIKAN

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris, Tangkak dan Sekolah Menengah Inggeris, Kluang, Johor.

Sarjana Muda (B.Sc) Kejuruteraan Kimia di Colorado State Univ., Amerika Syarikat [dengan tajaan JPA] 1986

Ijazah Sarjana (M.Sc) Kejuruteraan Kimia di University College of Swansea, Wales, United Kingdom [dengan tajaan UTM] 1988

Kedoktoran (Dr. Eng.) Kejuruteraan Kimia di Kyoto University, Jepun. [dengan tajaan Kerajaan Jepun] 1994

KERJAYA

~ 23 tahun pengalaman akademik di universiti awam dan swasta (UMK, UMP, UTM, UMK dan UniKL) sebagai Pensyarah, Ketua Jabatan, Dekan, Profesor Madya, Profesor, Pengarah Pusat Korporat Strategik, Pengarah Kampus; dan Timbalan Naib Canselor.

~ 10 tahun pengalaman bekerja di industri kimia (syarikat multinasional dari Amerika dan England, tempatan); menjawat beberapa jawatan dalam berbagai bahagian, antaranya sebagai Jurutera Kanan Proses, Pengurus Kualiti, Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (Rantau Asia Pasifik) dan Pengurus Besar (Operasi).

PENCAPAIAN DAN PENGALAMAN

Dalam penyelidikan, telah menjalankan beberapa penyelidikan di universiti dan syarikat swasta multinasional dengan peruntukan melebihi RM 200 juta ringgit.

Memenangi beberapa anugerah dalam beberapa expo penyelidikan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menulis dan membentangkan ~ 150 kertas kerja di seminar dan jurnal peringkat kebangsaan dan antarabangsa di dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Keselamatan dan Alam Sekitar, Pemprosesan Mineral dan Logam Strategik, Pendidikan Kejuruteraan dan Teknologi, Motivasi dan lain-lain. Beberapa kali sebagai Keynote Speaker persidangan.

Salah seorang editor untuk Ensiklopedia Kejuruteraan Kimia yang diterbitkan untuk julung kali oleh DBP di dalam Bahasa Melayu.

Dilantik sebagai pemeriksa luar untuk tesis-tesis pascasiswazah, penilai luar untuk kenaikan pangkat ke Profesor Madya dan Profesor universiti-universiti tempatan,

Panel Penasihat beberapa persidangan/seminar kebangsaan dan antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa Bioteknologi Negeri Pahang bertanggungjawab merangka Pelan Induk Bioteknologi untuk negeri Pahang.

Ahli Jawatankuasa Teknologi Hijau Negeri Kelantan bertanggungjawab merangka Pelan Induk Teknologi Hijau Kelantan.

Ahli Jawatankuasa, Kajian Halatuju Pengajian Kejuruteraan Malaysia peringkat nasional.

Ahli Jawatankuasa Kerja Penubuhan Malaysian Board of Technologists (MBOT)

Ahli Jawatankuasa Nadir Bumi, Akademi Sains Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) Mengenai Isu Projek Lynas, Parlimen Malaysia.

Penolong Persuruhjaya (Kehormat), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Profesor Pelawat, Program Teknologi Kejuruteraan Kimia, UTHM

Felo, Akademi Sains Malaysia.

KHIDMAT MASYARAKAT

Timbalan Pengerusi PIBG, Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson.

AJK (Ketua Biro Pembangunan), PIBG KISAS, Kelang.

Bendahari, Kelab Sukan dan Rekreasi CABOT (M) Sdn Bhd.

AJK, Kelab Alumni Kyoto University Cawangan Malaysia.

Penasihat, Kelab Joran, UMP dan UMK

Ahli Pengasas, Persatuan Universiti-Universiti Malaysia.

POLITIK

Pengalaman ~ sebagai pimpinan peringkat kawasan dan negeri parti; Pengarah Majlis Tindakan DUN beberapa PRK dan PRU; Perancang Utama Berjasa PRU13.