PELUANG MELAYU TUNJUK DAN GUNA KEKUATAN

Peristiwa demi peristiwa dalam kemelut politik tanah air patut diambil iktibar dan persediaan akan datang.

Sungguh menjijikkan apabila mereka yang sebelum ini menghina dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu, tiba-tiba menaburkan pujian melangit kepada YDPA.

Dap dan kuncu-kuncunya yang rakus dan tidak berhenti memperkecil dan menyerang orang Melayu dan Islam, mula sedar akan kebencian orang Melayu terhadap tindak tanduk mereka. Mereka juga mula mengangkat dan menyokong Tun Mahathir yang sebelum ini menekan Tun untuk melepaskan jawatan. Sifat hipokrit dan lalang mereka ini, jangan kita lupa buat selama-lamanya.

Disinilah sepatutnya orang Melayu menggembeling tenaga dan usaha mereka untuk menjadi dominasi faktor utama politik dan pemerintahan negara. Ini adalah Persekutuan Tanah Melayu dan dengan fakta yang kita adalah majoriti, maka kaum lain perlulah menghormati dan mengiktiraf perkara ini.

Ini bukan bermakna hak dan keabsahan kaum lain dipinggirkan, malah sejak merdeka mereka telah berjaya dalam ekonomi dan politik, atas sifat pemurah dan mulia serta keadilan Islam yang dianuti oleh orang Melayu.

Sebab itu kami yakin kesepakatan dan kesatuan orang Melayu adalah kunci keharmonian dan ketenteraman negara. Dominasi orang Melayu dalam negara akan membawa kesejahteraan masyarakat dan negara.

Atas kesedaran ini, orang Melayu dengan keislamannya, perlu sedar mereka punya kekuatan dan menjadi tonggak negara ini sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Oleh itu, marilah kita bersepakat dan bersatu dengan meletakkan pemimpin yang berintegriti dan berwibawa untuk memimpin negara demi kemakmuran bersama untuk semua. Ujudkan agenda utama untuk kuatkan bangsa, agama dan negara dan bebaskan negara dari korupsi, fahaman asing, pencetus huru-hara dan penghasut yang cuba membuang identiti Melayu Islam dari negara ini.

Dato Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz
Presiden BERJASA

26 Februari 2020

Coronavirus : Kerajaan nak jaga hati taikun Cina ke?

Melalui Sidang Media Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dr. Wan Azizah, setakat jam 4 petang semalam masih tidak ada tanda-tanda yang kerajaan Malaysia akan menghentikan kemasukan pelancong dari negara China ke negara ini.

Bahkan sebelum ini , Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad masih meneruskan program visa 15 hari kepada pelancong China walaupun sudah 7 kes  Coronavirus dilaporkan.

Apabila media banyak yang bertanya tentang alasan kerajaan masih tidak menyekat pelancong China masuk ke Malaysia, tetapi kerajaan gemar mengunakan alasan tentang piawian WHO.

Sedangkan kita lihat Filipina sangat tegas dalam mengekang wabak maut ini apabila mereka bertindak ‘mengusir’ 500 pelancong Wuhan (China) yang tiba di Filipina tanpa mempedulikan garis panduan daripada WHO.
Malaysia pula sangat baik hati kerana masih mengalu-alukan penyebar penyakit Coronavirus ini masuk ke Malaysia.

Saya jangka, Malaysia bersikap lemah lembut kerana lebih menjaga hati taikun-taikun China yang menjalankan perniagaan di sektor hiburan dan pusat-pusat judi.

Jika kita lihat dari data pelancongan 2018 menunjukkan pelancong China menyumbang RM 12. 3 bilion kepada ekonomi Malysia.

Malahan secara purata 2.9 juta jumlah pelancong membembelanjakan RM 4200 setiap seorang dan sumbangan tersebut sudah tentulah di pusat-pusat judi dan Casino!

Jadi sekiranya Malaysia menghalang kemasukan pelancong China ke sini, sudah tentu Malaysia akan rugi!

 

Hazwan Mohamad

Ketua Penerangan Berjasa

Malaysia perlukan reformis politik, segera!

Senario politik negara sejak hampir 2 tahun yang lalu, berada dalam keadaan amat membimbangkan. Ketidakstabilan politik negara yang berpunca dari perebutan kuasa yang tidak berkesudahan, mengorbankan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat. Keadaan ekonomi yang pincang dan keadaan yang menyusahkan rakyat adalah bukti kepada perkara ini.

2. Negara memerlukan reformasi politik. Bermula dengan menggantikan pemain politik yang sedia ada yang membawa malapetaka kepada rakyat dan negara. Budaya yang menjadi darah daging ahli-ahli politik ini antaranya adalah sifat rakus dan tamak haloba serta meminggirkan kepentingan rakyat.

3. Ahli politik yang bergelar ‘warlords’ ini sudah lama patut mengundurkan diri untuk memberi laluan kepada orang lain yang lebih layak menerajuinya. Menggunakan wang dan ugutan kuasa, warlord-warlord ini tidak segan silu menampilkan akhlak dan pekerti buruk di mana saja mereka berada walaupun usia mereka sudah menghampiri kubur mereka.

4. Golongan kedua adalah golongan ahli politik yang tidak kompeten dan memang tidak berkebolehan mentadbir dan mengurus parti, apatah lagi negara. Demi gilakan pangkat dan penghormatan, mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan ‘pakaian’ palsu mereka, baik dari segi keterampilan sehingga kepada kelayakan akademik, yang mereka tidak segan silu palsukan. Mereka ini tidak sedar, ketidakupayaan dan ketidak warasan mereka, menyebabkan keadaan pentadbiran dan pemerintahan negara menjadi kelam kabut.

5. Golongan ketiga adalah golongan ahli politik yang tiada akhlak dan tiada integriti, tidak kira samada mereka ini ‘warlords’ atau ahli politik biasa. Pembohongan adalah perkara biasa buat mereka; tidak menunaikan janji, baik dalam manifesto atau sebarang janji terutama dengan rakyat, adalah ‘kad pengenalan’ mereka. ‘Manifesto bukan Quran’, adalah di antara alasan cukup popular.

6. Negara perlukan barisan ahli politik yang berwibawa dan berintegriti, mampu menjadi pemimpin dan pentadbir negara yang berkaliber dan berjiwa rakyat. Beri peluang kepada generasi muda untuk menerajui negara tanpa membawa ‘excess baggage’ yang menjadi bebanan kepada ramai ahli politik sedia ada seperti sekarang ini. Bercakap benar, berfikiran rasional, berjiwa nasional, beradab dan berpandangan jauh serta pemimpin untuk semua rakyat, adalah antara kriteria yang semua rakyat tengah nantikan. Sudah sampai masanya mereka yang bergelar intelektual, ulama’, pemimpin jentera kerajaan, tokoh swasta, ahli akademik, ahli profesional dan pemuda pemudi hebat, menawarkan diri sebagai reformis politik tanahair demi menyelamatkan bumi Malaysia yang tercinta ini.

Dato Ir Ts Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, F.A.Sc.

Presiden Berjasa

Ramasamy yang gagal faham budaya orang lain

Semalam Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy ‘bising’ apabila keluar satu pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan pengharaman menyertai sambutan Pesta Ponggal bagi umat Islam.

Seharusnya P Ramasamy tak perlu pun nak kecoh-kecoh sebab tahun lepas Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah pun mengeluarkan artikle yang mengatakan bahawa haram bagi umat Islam meraikan perayaan keagamaan bukan Muslim dan Pesta Pongal pula memang terdapatnya unsur-unsur keagamaan dalam sambutannya.

Jadi selaku rakyat Malaysia yang sudah lama berasimilasi dengan masyarakat muslim Malaysia beliau seharusnya faham dan sedar tentang kekangan yang dialami oleh masyarakat muslim terutamanya pelajar muslim di sekolah yang jelas tidak boleh turut serta dalam upacara keagamaan tersebut.

Beliau tidak perlu pun untuk terkejut atau nak mempersoal jika adanya larangan daripada pihak agama Islam kepada pelajar muslim terutamanya untuk tidak menyertai acara tersebut.

Lagi pula, kementerian pun telah keluarkan juga garis panduan kepada pelajar muslim sekiranya perlu menyertai aktiviti yang dianggap cross-cultural ini.

Sebenarnya, apabila berlaku perkara sebegini melihatkan bahawa P Ramasamy dan sesetengah pemimpin serta ahli politik kita yang masih gagal memahami budaya dan agama masyarakat lain tetapi sebaliknya mereka yang beria mahu kita memahami budaya mereka!

Azizah Che Awang

Ketua Wanita Berjasa

Parti Melayu perlu bentuk kerjasama lebih utuh

Saya merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasruddin Hassan At Tantawi melalui hantaran Facebook & Twitter beliau yang melontarkan cadangan agar Muafakat Nasional (MN), menggantikan MCA dengan Parti Cina Malaysia.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada kakanda saya daripada parti PAS yang berjiwa besar untuk mengeluarkan kenyataan dan pandangan terhadap kelancangan parti MCA dalam isu yang mencengkam mutakhir ini.

Melalui hantaran itu, terzahir sedikit kekesalan terhadap tindak tanduk parti MCA yang mendapat sokongan padu pimpinan PAS ketika PRK Tanjung Piai yang lalu. Saya yakin, kekesalan itu turut dirasai segenap lapisan masyarakat Melayu yang melihat pendirian parti MCA yang lebih cenderung kepada pendirian parti rasis dan cauvinis DAP.

Tambah kekesalan lagi tatkala pendirian parti MCA ini tampak jelas kelihatan lagi setelah parti itu memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai yang merupakan hasil undian majoriti pengundi Melayu. Penambahan satu kerusi Parlimen buat MCA menjadi lebih kuat, diharapkan dapat mewakili majoriti pengundi Melayu, namun yang berlaku adalah sebaliknya.

BERJASA berpendapat, dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 nanti, adalah lebih baik sekiranya parti-parti Melayu membentuk kerjasama yang lebih utuh terlebih dahulu. Manakala kerjasama dengan parti-parti kaum lain diadakan selepasnya bagi memastikan dominasi politik Melayu dalam kerajaan baharu terbentuk selepas PRU-15.

BERJASA ingin menegaskan bahawa kemampanan ekonomi dan pembaikan sosial Malaysia bergantung kepada kestabilan politik orang Melayu & Islam yang menjadi tunjang kepada identiti sebuah negara bernama Malaysia sejak sekian lama.

BERJASA juga ingin menyeru agar seluruh rakyat Malaysia agar memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin baru dan segar untuk mengemudi bahtera kepimpinan Malaysia. Sudah tiba masanya, Malaysia tidak lagi berpaut pada tokoh-tokoh politik lama yang memikul beban kecurangan integriti.

Yang Ikhlas,
Hazwan Mohamad,
Ketua Penerangan BERJASA
28 Disember 2019

MCA pijak kepala orang Melayu sebagai tangga ke Parlimen

Apa tidaknya, MCA tidak akan berjaya ke parlimen kalau calon mereka bertanding dikawasan majoriti bukan melayu. Awal awal lagi calon mca akan dibaham oleh calon DAP dan nasib baik ada pengundi Melayu dikawasan tersebut dapat juga jumlah undi yang banyak walaupun tetap kalah.

PRK Tg. Piai merupakan bukti yang masih panas lagi. Baru saja melangkah ke parlimen tetapi sudah berani melaungkan bantahan agenda dakwah di ipt, membantah tulisan jawi dan macam macam lagi yang disuarakannya senada dengan DAP parti tamak haloba. Langsung tidak segan silu kepada UMNO dan PAS yang telah membantu bermati matian semasa PRK Tg. Piai baru baru ini.

Agaknya MCA ni sengaja nak jadi hero kepada bangsa cina supaya pengundi cina dikawasan majoriti melayu tempat dia bertanding akan menyokong MCA. Apa nak dirisaukan dengan undi orang Melayu walaupun orang Melayu adalah majoriti, nanti apabila sudah sampai masa hendak PRU15 buatlah janji janji manis, umrah percuma atau sekurang kurangnya buat program mengecat pintu pagar masjid, maka berduyun duyunlah orang Melayu pakat mengundi calon MCA.

Cukup cukuplah MCA pijak kepala orang melayu. Selepas ini jangan sanggup lagi mana mana parti memberikan laluan kepada MCA untuk bertanding dikawasan majoriti melayu, minta saja dia bertanding di kawasan majoriti bukan melayu kerana disitu sebenarnya tempat mca untuk jatuh bangun dalam arena politik.

Selama ini orang Melayulah yang bermatian memenangkan calon MCA untuk ke parlimen, tetapi lihatlah selamba sahaja MCA pijak kepala orang melayu setelah bergelar YB, satupun tidak ada suaranya dalam mempertahankan hak orang Melayu pabila dap parti tamak haloba mempertikaikan hak orang Melayu.

Ustaz Hj. Zamani Ibrahim

Pengerusi Badan Perhubungan Berjasa Negeri Sembilan

Pilihanraya PBT adalah agenda DAP mengecilkan kuasa Melayu

Setelah kuasa ekonomi semakin kukuh dalam genggaman cina, kini DAP ingin melangkah setapak lagi untuk menguasai tanah kita. Kepuasan melalui kekuatan ekonomi ditangan cina belum lagi nampak, maka sebab itu DAP semakin rakus dan buat apa sahaja demi agenda bangsa cina di tanah kita.

MP melayu pula tidak terasa tidak bermaruah pabila masih terhegeh hegeh mengharapkan sokongan dan dokongan bukan melayu untuk kelangsungan periuk nasi politik mereka. Tidak kiralah samada MP dipihak kerajaan mahupun pembangkang.

Saya Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA N. Sembilan berpandangan bahawa semua MP melayu muslim mesti sedar akan strategi DAP ini, walaupun kalian semua dibelah dua satunya menjadi pihak kerajaan dan yang satu lagi pembangkang, namun demi maruah bangsa, tanah air lebih lebih lagi untuk agama, maka sedarlah kalian MP semua bahawa kuasa bangsa melayu sedang dihakis oleh agenda DAP melalui agenda pilihanraya PBT.

Tanah adalah kuasa, tergadainya tanah maka tergadainya kuasa. Kini kuasa membeli tanah adalah sangat tinggi oleh bangsa cina, ditambah lagi kecenderungan yang tinggi dari bangsa melayu untuk menjual tanah kepada bukan melayu.

Akhirnya, kuasa ekonomi bukan dalam tangan orang melayu, semua bandar dikuasai nanti oleh bukan melayu. MP2 melayu pula terlalu yakin dengan parti2 dari kaum cina untuk kelangsungan politik periuk nasi mereka dan keinginan orang melayu untuk menjual tanah kepada cina semakin tinggi seolah olah biar kuasa hilang asalkan duit dapat digenggam. Kalaulah ini sudah berlaku apa lagi makna maruah bangsa melayu di tanah melayu ini.

Oleh :

Ustaz Hj. Zamani Ibrahim

Pengerusi Badan Perhubungan Berjasa Negeri Sembilan

KENYATAAN MEDIA BERJASA : PERGERAKAN PEMUDA BERJASA MENYELAR PERBUATAN MENGAJAR NYANYIAN LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA MANDARIN

KENYATAAN MEDIA

PERGERAKAN PEMUDA BERJASA MENYELAR PERBUATAN MENGAJAR NYANYIAN LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA MANDARIN

1. Pergerakan Pemuda BERJASA menyelar perbuatan mengajar pelajar-pelajar di sekolah rendah menyanyikan lagu kebangsaan lagu Negaraku dengan menggunakan bahasa asing bukan menggunakan bahasa kebangsaan bahasa Melayu.

2. Perbuatan menyanyikan lagu Negaraku dengan alih bahasa sepenuhnya dalam bahasa Mandarin adalah satu perbuatan yang tidak wajar dan mencalar maruah Lagu Kebangsaan.

3. Seperti yang tertulis di dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968, lagu kebangsaan versi penuh ataupun versi Diraja yang boleh dinyanyikan di sekolah atas tujuan pembelajaran kepada para pelajar.

4. Pergerakan Pemuda BERJASA menggesa agar pihak berkuasa membuat siasatan terhadap sebaran video tersebut dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas pelaku yang bertanggungjawab mengajar para pelajar menyanyikan lagu kebangsaan dalam alih bahasa mandarin sepenuhnya dengan kadar segera.

5. Pergerakan Pemuda BERJASA menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menghormati lagu kebangsaan dan menghormati sensitiviti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Segala kegiatan yang mencabar keabsahan dan juga martabat lagu kebangsaan dan apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan tentang keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan perlembagaan perlu dihentikan dengan serta merta.

Iqbal Hakim bin Abdul Razak
Ketua pemuda
Pergerakan Pemuda berjasa

 

Bagaimana DAP menyemai sentimen kebencian

Dulu DAP guna sentimen benci Mahathir dalam kalangan orang Melayu UMNO pengikut Anwar, selepas Anwar dipecat daripada jawatan TPM dan UMNO, untuk dapatkan sokongan orang Melayu demi perjuangkan agenda chauvinis mereka.

Dalam masa yang sama, kebencian pada Mahathir yang digelar Maha Firaun pada masa itu, telah meningkatkan jualan akhbar harakah secara mendadak. PAS mendapat sokongan mendadak kerana krisis dalam UMNO, kerana orang benci Mahathir.

DAP guna sentimen benci Mahathir dalam kalangan orang Melayu dalam PAS, sama ahli lama PAS yang sudah memusuhi orang UMNO sejak puluhan tahun sampai jadi dua imam dan boikot kenduri, mahu pun ahli baharu PAS yang masih segar membenci Mahathir dan mahu perjuangkan Anwar. DAP guna Melayu macam ini untuk angkat agenda chauvinis mereka.

Arus benci Mahathir ini berjaya memberikan sedikit lonjakan kepada pembangkang dan menambah kerusi PAS pada PRU1999. Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Tetapi faktor benci Mahathir ini reda apabila Abdullah Badawi mengambil alih jawatan PM. Amat jelas dalam kajian akademik bahawa faktor imej Abdullah ketika mula-mula naik sebagai PM salah satu penyebab melonjakkan kemenangan BN pada PRU2004.

Tetapi imej Abdullah ini tidak kekal lama apabila pentadbirannya yang lemah telah menyebabkan BN kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihanraya 2008.

Selepas itu Mahathir memainkan peranan mendesak Abdullah letak jawatan. Abdullah akur. Kemudian situasi yang sama berlaku ke atas Najib, apabila didesak oleh Mahathir untuk berundur, tapi Najib enggan.

Maka bermulalah arus kebencian terhadap Najib. DAP guna sentimen benci Najib dalam kalangan orang Melayu PKR, PAN, PPBM dan rakyat jelata, untuk melajukan agenda chauvinis mereka.

BN jatuh, bermakna tamatlah pemerintahan dominasi Melayu sejak selepas merdeka. DAP menggunakan segala peluang sebagai pemerintah untuk mengaut laba bagi agenda chauvinis mereka.

Tetapi PH tak pandai memerintah dan chauvinisme DAP terlampau mencolok mata. Perkara ini melahirkan sentimen benci PH.

Sentimen benci PH dalam kalangan orang Melayu UMNO dan PAS ini digunakan dengan bijak dan licik oleh MCA, untuk kelangsungan agenda chauvinis mereka. Mereka guna sungguh-sungguh, kerana dalam situasi orang Melayu selepas 2008 hingga kini, sudah tiada lagi istilah akur pada orang Melayu (parti Melayu).

Dalam kedua-dua kes, iaitu DAP guna sentimen kebencian orang Melayu terhadap Mahathir dan Najib, dan MCA guna sentimen kebencian orang Melayu terhadap PH, agenda chauvinis mereka kekal berada di arus sebelah atas, berjaya meluncur di atas gelombang kebencian itu. Hanya peluncurnya sahaja bertukar orang; DAP dan MCA.

Dalam kedua-dua kes, orang Melayu pentaksub parti kekal membodohkan diri sendiri.

 

Ustaz Hj. Hazizi bin Ab. Rahman

Naib Presiden Berjasa

 

Malaysia Menuju Negara Tua, Adakah Kita Sudah Bersedia?

Minggu ini Kesatuan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah menerbitkan satu kajian yang begitu menarik berkenaan reformasi sistem pencen di negara-negara maju di dunia serta cabaran-cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka. Secara keseluruhannya, tidak ada negara yang benar-benar mempunyai solusi yang konkrit terhadap cabaran populasi menua atau ageing population ini. Malah negera seperti Korea, Jepun, Latvia, Estonia serta beberapa negara Balkan menghadapi cabaran yang hebat untuk mengekalkan kesinambungan dan keselamatan sistem persaraan mereka.

Hasil kajian mendapati, golongan atas 65 tahun di negara seperti New Zealand, Mexico, Jepun dan Korea Selatan terpaksa berkerja bagi menyara hidup mereka walaupun telah melepasi usia persaraan. Dijangka warga emas di Korea Selatan perlu berkerja sehingga usia 75 tahun bagi memastikan mereka mampu menyara hidup mereka setelah berhenti kerja.

Hampir kesemua negara anggota OECD mempunyai sistem pencen sosial iaitu suatu sistem jaminan pencen yang disediakan oleh kerajaan. Sistem ini memastikan setiap rakyat yang berkerja dan menyumbang ke dalam sistem pencen sosial dalam suatu tempoh yang ditentukan layak menerima sejumlah pencen yang sama tanpa mengira jumlah sumbangan individu terbabit. Kerajaan akan meletakkan suatu tahap sumbangan kepada setiap individu yang berkerja mengikut kadar gaji atau pendapatan yang diterima.

Namun dikemudian hari setiap individu akan dijamin mendapat pencen yang sama tanpa mengira tahap sumbangan mereka. Sistem ini ingin memastikan setiap rakyat mempunyai jaminan pendapatan di usia tua dan dalam pada masa yang sama sebagai langkah ‘redistribution’ bagi menyamaratakan pendapatan setiap strata masyarakat yang mempunyai pendapatan yang berbeza.

Walaubagaimanapun, Malaysia masih belum mempunyai sistem ini. Dengan pertambahan rakyat kita yang berkerja sendiri dan terlibat dalam ‘gig economy’ adakah mereka mengumpul pendapatan yang cukup di usia tua nanti. Bagaimana dengan golongan nelayan dan petani ketika usia mereka tidak lagi mampu berkerja? Siapakah yang akan menampung perbelanjaan golongan ini?

Kesemua perkara ini perlu diambil kira bagi memastikan Malaysia melangkah ke era populasi tua dalam keadaan bersedia.

Dalam pada masa yang sama, pertambahan peratus populasi tua dalam masyarakat akan menimbulkan persoalan berkenaan keberlangsungan tabung pencen sedia ada terutamanya tabung pencen penjawat awam. Sistem pencen awam semasa menggunakan kaedah sistem ‘defined benefit’.

Sistem ini menjanjikan pekerja untuk menerima sejumlah pencen berdasarkan gaji akhir atau jumlah yang dikumpul di dalam tabung pencen. Walaubagaimanapun, sistem ini telah terbukti tidak tahan lama melalui pengalaman di negara-negara maju. Kebanyakan sistem pencen di negara-negara maju telah bertukar kepada sistem ‘defined contribution’. Sumbangan pencen oleh pekerja akan dilaburkan di dalam skim pelaburan terpilih dengan mereka akan menikmati faedah pencen melalui keuntungan pelaburan tersebut.

Sistem ‘defined contribution’ ini terbukti menyebabkan jumlah pencen yang diterima sedikit rendah namun risiko ditanggung bersama antara majikan dan pekerja. Sebab itu perubahan sistem ini di negara United Kingdom misalnya menyebabkan mogok lapar dalam kalangan pekerja tetapi sistem ini dilihat lebih ‘sustainable’ dalam jangka masa panjang buat masa ini.

Sekiranya Malaysia tidak berubah kepada sistem yang lebih teratur berkenaan pencen ini dikhuatiri berlaku masalah yang lebih besar kelak.

MUHAMMAD THALHAH BIN KAMAROL ZAMAN

AJKP Berjasa