Polis Perlu Siasat Fitnah Aktivis LGBT

Nu’man Afifi yang mengaku secara terbuka bahawa beliau merupakan seorang gay dan juga aktivis LGBT sekali lagi mencetuskan huru-hara apabila memuatnaik gambar tidak lengkap berkenaan penulis dan panel garis panduan identiti gender untuk klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia. Seolah-olah barisan panel hanya dalam kalangan pegawai agama daripada Jakim dan Jawi walhal senarai penuh panel terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang termasuk syariat Islam.

Ini merupakan tindakan yang memalukan dan tidak selayaknya beliau digelar pejuang atau aktivis kepada golongan LGBT ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebencian Nu’man terhadap institusi Islam dan niat jahat beliau untuk memburuk-burukkan institusi yang sudah sekian lama menjaga hal ehwal umat Islam di Malaysia.

Nu’man Afifi sebelum ini juga melemparkan fitnah kepada Institusi Islam di persidangan antarabangsa di Geneva dengan mengatakan program-program pemulihan LGBT yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam adalah satu bentuk ‘state sponsored violence’ dan menggesa komuniti antarabangsa mengambil tindakan terhadap kerajaan Malaysia. Sebenarnya, program-program yang dianjurkan bersifat sukarela dan tiada rawatan yang bersifat paksaan dikenakan kepada peserta.

Perkara ini merupakan fitnah yang jelas terhadap institusi agama di Malaysia. Lebih mendukacitakan apabila Menteri Luar, Saifuddin Abdullah seakan-akan menyokong pula tindakan ini apabila membantah penahanan Nu’man oleh pihak polis untuk membantu siasatan. Menteri Agama, Mujahid Rawa pula diam seribu bahasa walaupun agensi atau jabatan di bawah seliaan beliau difitnah dan diserang sebegitu rupa.

Situasi inilah sebenarnya yang menunjukkan Islam seperti dibuli di era Malaysia Baru ini. Menteri-menteri diam seribu bahasa dan terlalu sibuk bermain politik. Akhirnya, umat Islam dan institusi Islam menerima padah dan terus diserang tanpa pembelaan.

 

Azizah Che Awang

Ketua Wanita Berjasa

Kerajaan PH Tidak Serius Tangani Isu Pengangguran

Data terbaru daripada Jabatan Statistik Negara sekali lagi menunjukkan peningkatan peratus kadar pengangguran di Malaysia daripada 3.3% pada Februari 2019 kepada 3.4% pada bulan March 2019. Menjadikan jumlah pengangguran dalam pasaran buruh sebanyak 521,300 orang, meningkat sebanyak 1% berbanding bulan lepas.

Jumlah pengangguran telah meningkat sebanyak 2.5% dalam masa setahun antara bulan Mac 2018 dan bulan Mac 2019. Menjadikan angka peningkatan sebanyak 12,600 dalam tempoh setahun. Manakala trend peningkatan kadar pengangguran ini telah bermula sejak Disember 2018.

Peningkatan jumlah pengangguran ini perlu ditangani segera oleh Kerajaan PH sebelum keadaan bertambah parah. Kadar pengangguran yang terlalu tinggi menyumbang kepada masalah kegawatan ekonomi, masalah sosial yang kronik dan masalah besar yang lain.

Tindakan kerajaan PH menghentikan program Skim Latihan 1 Malaysia, pemberhentian projek-projek besar seperti MRT3 dan penjualan aset-aset kerajaan yang lain sedikit sebayak menyumbang kepada masalah peningkatan pengangguran ini.

Di samping keghairahan Menteri Kewangan mengumumkan hutang negara sebayak 1 Trillion juga telah menakut-nakutkan para pelabur sekaligus menutup peluang pekerjaan hasil daripada pelaburan asing.

Pemberhentian elaun sara hidup kepada nelayan dan petani juga telah menyebabkan sektor pekerjaan ini tidak lagi menjadi pilihan generasi muda memandangkan tiada jaminan pendapatan yang stabil ketika musim tengkujuh atau bencana besar. Kesemua tindakan ini telah menyebabkan rakyat biasa dan berpendapatan rendah terus dirundun malang.

Kerajaan PH perlu segeran berhenti bermain politik dan mula berkhidmat untuk rakyat. Bertambah malang apabila rakyat terus dihimpit kesusahan, kerajaan negeri Perak tiba-tiba mengumumkan pembelian kereta eksekutif baharu.

 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

AJKP Berjasa

Saifuddin Abdullah Bukan Menteri Muslim Berwibawa

Menteri Luar Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota sepanjang setahun di dalam kerajaan ternyata menunjukkan sokongan beliau terhadap gerakan LGBT yang semakin mendapat tempat di era Malaysia Baharu.

Beliau sering mengongsi hantaran dari aktivis LGBT seperti Nu’man Afifi dan Comango serta menunjukkan sokongan terhadap gerakan ini tetapi menunjukkan sikap yang begitu dingin terhadap NGO yang ingin memberi kesedaran kepada golongan ini seperti WAFIQ dan Macsa.

Teguran aktivis Macsa merangkap Pengerusi WAFIQ, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar terhadap sikap beliau ini dibalas dengan sinis oleh Saifudin dengan menyatakan “hanya kamu seorang sahaja yang muslim…”

Ini bukanlah sikap sorang menteri malah jauh sekali sikap seorang pemimpin muslim berwibawa. Sikap ini lah yang akhirnya menunjukkan Islam semakin terhimpit di era Malaysia Baharu.

Sebagai seorang pemimpin Muslim, Saifuddin sepatutnya lebih aktif dan menyokong usaha untuk mengembalikan golongan ini kepada fitrah dan membendung masalah penyakit seksual yang semakin menular dalam golongan ini.

Pendekatan dakwah kita perlu tegas apabila berhadapan dengan organisasi terancang yang terang terangan menolak hukum Allah manakala penuh hikmah apabila berhadapan dengan individu-individu yang memerlukan bantuan dan ingin bertaubat.

Ternyata pendekatan Rahmatan Lil Alamin versi Malaysia Baharu ini telah menghalalkan segalanya malah pendekatan dakwah hanya terbatas pada individu dan lemah lembut sahaja. Perkara ini tenyata bertentangan dengan pengalaman dah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Saifuddin Abdullah perlu meminta maaf dan bertaubat. Selagi itu, beliau bukan pemimpin Muslim Berwibawa

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
AJKP Berjasa

LAUNGAN ASLI PERPADUAN UMMAH BERJASA

Hari ini kita banyak mendengar slogan-slogan manis berkenaan perpaduan Melayu terutamanya yang dicanangkan oleh UMNO dan PAS. Berjasa menyambut baik kerjasama erat ini kerana tiadalah dapat kita nafikan bahawa kunci utama kepada kemakmuran dan kestabilan negara ini adalah dengan perpaduan Melayu.

Berjasa terus menyokong usaha-usaha kearah perpaduan Ummah malah menyambut baik sekiranya kerjasama ini melangkaui dua parti tonggak orang Melayu iaitu UMNO dan PAS. Namun apakah makna sebenar parpaduan Ummah yang telah dilaungkan Berjasa sejak PRU 2013 lagi? Di saat Berjasa dicaci oleh segenap parti politik ketika itu, adakah tindakan tidak popular Berjasa ini sekadar ingin meraih undi?

Berjasa melaungkan slogan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ ketika PRU13 dahulu sebenarnya adalah satu lontaran formula kepada kesemua masyarakat Malaysia tanpa berbilang kaum, bahawa keamanan dan kemakmuran negara akan hanya dapat dikongsi sekiranya kaum majoriti atau Melayu mempunyai kesepakatan yang jelas dalam agama Islam, politik, pendidikan dan ekonomi.

Perpaduan Ummah bagi Berjasa sebenarnya jauh daripada sekadar meraih undi tetapi juga merangkumi hasrat mendidik orang Melayu supaya maju dalam persaingan ekonomi yang sihat, maju dalam pendidikan, celik mengenai politik berasaskan syariat Islam dan kukuh jaiti diri bangsa.

Kesemua aspek ini akan menjamin kesepaduan Melayu yang akan berkekalan dan berpanjangan dan bukan hanya bermusim ketika pilihan raya. Kita semua perlu belajar daripada kesilapan lampau perpecahan PAS dan UMNO di era 70an. Apabila kerjasama hanya disandarkan kepada undi pilihan raya semata-mata, akhirnya kerjasama ini membawa kepada persengketaan yang berpanjangan dan merugikan.

Kerjasama ini perlu dibuka kepada semua lapisan Orang Melayu, kepada semua parti politik Islam dan Melayu, kepada semua NGO dan individu berpengaruh agar perpaduan Melayu sebenar dapat diterjemah.

Kita perlu mula menyuntik elemen agenda yang lebih matang ke dalam kesepakatan ini seperti ekonomi, pendidikan, syariat Islam dan sebagainya agar segenap masyarakat Melayu dapat turut serta mengharmonikan perpaduan ini.

Berjasa ialah sebuah parti lama yang bertapak hampir 5 dekad lamanya dalam arena politik Malaysia. Sebuah parti politik yang telah menyaksikan turun naik nasib orang Melayu. Kali ini Berjasa tekad bahawa masa depan Orang Melayu tidak boleh kita gadaikan lagi.

 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

AJKP Berjasa

Kerajaan PH Defisit Integriti

1.Setahun berlalu, Pakatan Harapan menduduki Putrajaya. Umum mengetahui bahawa PH memenangi undi di Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu adalah hasil dari kelemahan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh penuh rasuah dan kleptokrat.

2.PH, lantas menjanjikan sesuatu yang kononnya lebih baik dan manis. Selain dari menjanjikan bulan dan bintang kepada anak muda seperti tol dihapuskan, harga barang diturunkan, PTPTN dihapuskan dan harga minyak murah, PH juga turut secara tidak langsung menjanjikan sebuah pemerintahan yang lebih berintegriti, berkeyakinan dan mampan.

3.Maka semua janji-janji diatas kelihatan indah belaka sebelum tanggal 9 Mei 2018. Menyebabkan ramai anak muda, memangkah mereka.

4.Namun segalanya berubah apabila sudah berada dipuncak kuasanya. Lain pula ceritanya. Bulan dan bintang yang dijanjikan akhirnya satu persatu gugur menyembah bumi.

5.Malah ada ketika, perubahan yang didambakan kelihatan lebih memburuk dari apa yang sudah terlaksana oleh kerajaan terdahulu.

KONSEP RAHMATAN YANG DISELEWENG

6.Salah satunya adalah apabila kegagalan kerajaan PH membendung kemaraan golongan liberal pasca 9 Mei. PH memang sudah lama terlihat ‘mesra-liberal’. Maka tidak hairanlah kelompok liberal benar-benar mengambil manfaat terhadap kemenangan PH.

7.Antara peristiwa hitam awal adalah ketikamana Menteri Agama, Mujahid Rawa membuat sidang media bersama dengan tokoh utama gerakan LGBT di Malaysia iaitu Saudara Nisha Ayub yang lantas menggemparkan apabila golongan ‘maknyah’ atau transgender ini dibenarkan untuk menggunakan tandas wanita.

8.Paling banyak yang mengambil manfaat adalah pejuang LGBT ini, bukan sekadar berarak di ibu kota sambil melaung ‘Hidup LGBT’ malah wakil mereka juga turut mendapat tempat bersuara di pentas PBB.

9.Belum bercerita bagaimana buku-buku tulisan aktivis liberal Arshad Manji dan tulisan pro-Syiah yang dahulunya diharamkan kini diterima untuk memasuki Malaysia lagi.

10.Konsep Rahmatan Lil ‘alamin yang diselewengkan oleh Menteri Agama kini sedang benar-benar menghantui umat Islam. Tak hairanlah umat Islam berasa tertekan dan tertindas, mana tidaknya, konsep ini seolah-olah membenarkan apa sahaja yang orang bukan Islam buat kepada kesucian agama Islam. Sedang Islam menganjurkan untuk kita berbuat baik kepada semua namun tidak bermakna kita berlembut terhadap mana-mana perbuatan yang mencemari kedaulatan dan nama baik agama Islam.

INTEGRITI PEGUAM NEGARA

11.Tidak kurang juga jika kita meneliti keputusan mahkamah pasca 9 Mei. Sejak Peguam Negara bukan Islam pertama dilantik iaitu Tommy Thomas, negara dikejutkan dengan terkejutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika Peguam Negara itu membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah banglo. Tambah curiga apabila SPRM menegaskan perkara tersebut ditarik balik oleh Peguam Negara dan bukan atas keputusan SPRM.

12.Juga sedang berlangsung kini kes panas Terowong Dasar Laut yang juga mungkin turut melibatkan Menteri Kewangan.

13.Integriti Tommy sekali lagi menjadi pertikaian apabila kecoh satu negara tersebarnya video beliau bersama dengan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dalam satu majlis tari menari dan juga kelihatan seorang aktivitis Peguam kontroversi bernama Siti Kasim.

14.Siti Kasim yang dituduh dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan ketika pemerintahan Barisan Nasional tahun lalu atas dakwaan menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum berkenaan RUU 355 uga akhirnya tidak jadi didakwa atas keputusan Jabatan Peguam Negara dibawah Tommy Thomas sebulan selepas tersebarnya video tari menari.

15.Kemudian Peguam Negara ini sekali lagi mencetuskan kecurigaan apabila membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan (nolle prosequi) ke atas seorang warga Indonesia yang merupakan salah seorang tertuduh kes bunuh warga Korea Utara Kim Jong Nam. Namun pada masa yang sama mengekalkan seorang lagi tertuduh warganegara Vietnam. Kes ini menjadi perhatian antarabangsa yang turut mempersoalkan tindakan Tommy.

16. Terbaharu, dalam isu yang paling sensitif bagi seluruh bangsa Melayu iaitu kes pembunuhan Allahyarham Muhammad Adib, seorang anggota bomba yang terbunuh dalam kes rusuhan kuil. Pelbagai bukti dan petunjuk bahawa wujudnya campur tangan kerajaan terutama melalui Peguam Negara ini bagi menutup kebenaran!

SIJIL PALSU

17..Turut menjadi igauan kerajaan Malaysia Baharu ini adalah penipuan ijazah di kalangan Menteri Kabinet. Saya ulang, dikalangan Menteri Kabinet. Individu yang sepatutnya menjadi tulang belakang integriti sesebuah negara, kini dibayangi kes penipuan sijil.

18.Bermula dengan kontroversi ijazah ‘Cambridge’ yang dimiliki Timbalan Menteri Luar Negeri dari Bersatu seterusnya kepada persoalan kelulusan Menteri Pertahanan dari PAN, Menteri Kewangan dari DAP sekali lagi dan Menteri Perumahan dari PKR. Tidak terlepas diperingkat negeri juga dua menteri besar turut terpalit isu ijazah palsu iaitu bekas MB Johor dan Perak kedua-duanya dari Bersatu.

19.Bukanlah nilai sijil itu yang menjadi ukurannya, tetapi isunya adalah sikap integriti individu itu sendiri. Mana mungkin rakyat boleh mengharap pada seorang Menteri untuk menjalankan urustadbir negara dengan penuh integriti sedang sijilnya sendiri adalah palsu!

KESIMPULAN

20.Saya kira cukuplah tiga perkara ini dahulu untuk saya coretkan dalam isu integriti kerajaan PH hari ini. Bayangkan dalam keaaan rakyat disuruh untuk bersabar dan memberi ruang serta peluang untuk mereka membangunkan dan membaiki negara, namun apa yang rakyat dapat hasil kesabaran? Sedikit demi sedikit tindak tanduk mereka menjarah kepercayaan dan meninggalkan mereka dengan defisit integriti yang seharusnya dibuang dengan segera. Dibahagian kedua nanti saya akan tulis berkenaan bagaimana defisit integriti kerajaan PH terhadap dasar dan polisi pentadbiran mereka pula.

Rakyat Bangkit!

Hazwan Mohamad
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA
Presiden Professional Muslim Community (PMC)

KERUGIAN BESAR JIKA LYNAS BERPINDAH KELUAR NEGARA

Tindakan demi tindakan yang diambil oleh kerajaan PH terhadap pengeluar bahan nadir bumi, Lynas sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan pihak Lynas mencari alternatif lain termasuk berpindah. Desakan yang tidak berasas seperti mengembalikan sisa yang terbukti tidak merbahaya dari kilang Lynas (erdasarkan kepada kajian-kajian dan laporan terdahulu), ke tempat asal menjadi bahan tertawa dunia. Malah kerajaan Australia menolak cadangan ini kerana ianya bukan amalan biasa dalam dunia perindustrian.

Nadir bumi adalah bahan yang amat penting, kritikal dan strategik dalam teknologi moden hari ini yang mana negeri China merangka pembangunannya dalam persaingan teknologi berasaskan nadir bumi. Pemimpin China dahulu, Deng Xiaoping pernah membuat kenyataan bahawa jika Timur Tengah mempunyai minyak, kami ada nadir bumi. Malah perang dunia ketiga mungkin akan meletus disebabkan oleh bahan nadir bumi ini.

Pada hari ini, pertelingkahan antara Amerika Syarikat dengan China dalam perang ekonomi bermula dengan sekatan kepada pengeluar produk telefon mudah-alih, Huawei telah menyebabkan China sedang mempertimbangkan serangan balas dengan menghalang negara-negara maju mendapatkan bahan nadir bumi dari negaranya yang merupakan pengeluar utama dunia ( lebih 80%). Jika ini berlaku, negara-negara maju ini tidak akan dapat mengeluarkan produk eletrik, eletronik, komunikasi, minyak, bateri, kereta hybrid, pertahanan, tenaga dan pelbagai yang memerlukan nadir bumi.

Kilang nadir bumi paling moden dan salah satu yang terbesar di dunia, di samping China berada di Malaysia iaitu kilang Lynas. Walaupun bukan kepunyaan negara, kedudukan kilang Lynas di Malaysia mampu memberi satu kelebihan kepada negara dalam saingan teknologi ini. Malah jika China tidak membenarkan syarikat-syarikat negara maju membeli nadir buminya, tidak mustahil banyak syarikat-syarikat teknologi ini akan berpindah ke Malaysia.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan pada hari ini untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam isu Lynas, berpandukan fakta saintifik dan kebenaran, bukannya berdasarkan kepentingan politik setengah-setengah pihak. Amat malang jika ada ahli-ahli politik  masih menggunakan isu ini untuk memenangi pilihanraya akan datang dengan ‘mengapungkan’ isu Lynas ini, seperti mana yang pernah mereka lakukan dalam PRU-PRU yang lepas.

 

Dato’ Dr Ir Ts Badrulhisham Bin Abdul Aziz

Presiden Berjasa

PIMPINAN MUDA IMPIAN BERJASA

Malaysia dari sudut perlembagaannya memposisikan bangsa Melayu, agama Islam dan intitusi Raja Melayu dengan tersusun sesuai dengan sejarah negara dan faktor komposisi kaum. Maka penguasaan politik perlu kembali kepada Melayu Islam demi kestabilan negara. Kestabilan jangka panjang ini juga akan turut di nikmati oleh kaum kaum lain. Adakah kita telah bersedia untuk tugas yang berat memimpin negara?

BERJASA sentiasa berpesan terutama kepada pimpinan muda akan besar dan beratnya tanggungjawab yang akan di pikul kelak. Persiapan jiwa dan mental dengan bekalan ilmu dan iman tinggi sahaja yang mampu dalam mengalas tugas berat memimpin negara. Proses pendidikan, latihan dan sifat terbuka kepada KESEPAKATAN sesama melayu islam sangat penting.

Pimpinan Berjasa juga berpesan kepada pemuda agar sentiasa menyiapkan diri dengan satu kekuatan jiwa, mental dan kekuatan KESATUAN. Di samping itu berusaha membawa rakan-rakan seangkatan, tak kira dari mana mana wadah politik dan NGO Melayu Islam berlainan agar tidak mengulangi kelemahan dan kesilapan sebelum ini.

Pemuda ini tidak tercebur dalam politik sekadar dengan minat dan semangat kosong dan tidak sekadar terikut ikut-kawan. Pemuda ada misi dan visi besar untuk dunia dan akhirat. Mereka memulakan pembinaan kerajaan dalam diri, membina negara dalam diri sendiri terlebih dahulu. Pembinaan AKIDAH yang sempurna dalam diri dan menyakini Islam adalah semulia-mulia sistem hidup. Bina displin diri, saling hormat-menghormati pandangan orang lain selagi pandangan itu baik dan membina. Dan bersifat tegas terhadap pandangan yg bertentangan dengan islam.

Ini lah bakal pimpinan melayu islam yang berwibawa dan berintegriti bakal lahir memimpin Malaysia, tanah air tercinta.

 

 

Abd Aziz Bin Sardan

Setiausaha Agung Berjasa

ORANG MELAYU PALING MALANG MENJELANG HARI RAYA

Tiada lagi ungkapan yang lebih tepat untuk diungkapkan selain ‘malang’ untuk orang Melayu menjelang hari raya di bawah pemerintahan kerajaan PH ini.

Beberapa hari sebelum hari raya kita dimaklumkan bahawa tiada duit raya untuk peneroka Felda tahun ini. Peneroka Felda yang selama ini bersusah payah bertungkus lumus berkerja membangunkan Felda, akhirnya dibalas dengan tanpa sebarang bantuan hari raya oleh kerajaan PH.

Lebih malang Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad tidak tahu menahu berkenaan hal ini. Seakan-akan nasib mereka sudah tidak dipedulikan.

Beberapa hari sebelum raya, kita dihidangkan dengan muka-muka tidak bersalah pemimpin DAP menghulurkan bantuan zakat kepada asnaf. Pemimpin DAP yang tidak membayar malah satu sen ke dalam tabung zakat diberi keistimewaan menghulurkan zakat kepada golongan asnaf. Satu per satu institusi Islam dipolitikkan.

Beberapa hari sebelum hari raya kita dikejutkan dengan penarikan diri peguam yang mewakili Jabatan Bomba dalam kes Arwah Adib akibat sepucuk surat yang mencurigakan. Peguam Negara terus berdiam diri seribu bahasa tanpa respon yang memuaskan. Seakan-akan kita sudah tahu penghabisan kisah yang memilukan ini.

Kita terus dihidangkan dengan muka-muka pengkhianatan pemimpin Melayu PH terlajak ‘rahmah’ yang terus terusan menguji kesabaran umat Islam. Iftar yang merupakan ibadah dan kegembiraan umat Islam seperti yang digambarkan dalam hadis Rasulullah kini disambut di dalam kuil. Ahli parlimen Muslim sudah tidak melihat masjid, rumah Allah sebagai tempat yang sesuai. Sungguh malang.

Akhirnya, kesemua ini berbalik kepada tindakan kita sebagai orang Islam. Mengapa semua ini berlaku? Adakah negara begini yang kita ingin wariskan kepada anak cucu kita? Melayu akan terus malang di tanah sendiri. Marilah kita bersatu membatasi agenda politik. Angkatlah Pemimpin Muslim Berwibawa.

 

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman

AJKP Berjasa

KESATUAN DAN PERPADUAN MELAYU ISLAM JAMINAN KESTABILAN NEGARA

Sempena 10 hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama merenung sebentar perintah Allah dalam permulaan ayat 103 surah al-Imran bermaksud: “Dan berpegang teguhlah sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai”. Sehubungan dengan itu juga, kalau kita imbas kembali seerah Nabi di mana kesatuan dan persaudaraan orang Ansar dan Muhajirin menjadi tunggak kekuatan negara yang ditegakkan oleh Rasulullah s.a.w.

Pada masa ini, seruan ke atas orang Melayu Islam untuk bersatu telah menimbulkan pelbagai reaksi di negara ini. Ramai yang menyambut baik seruan ini dan ada juga yang memandang dengan sinis, sering kali mengaitkannya dengan amalan rasuah, kronisme, taliban dan lain-lain. Anggapan ini tidak wajar sama sekali ini kerana hanya segelintir orang Melayu terlibat dalam perkara tersebut dan mengandaikan semua orang Melayu korup adalah satu tomahan dan anggapan yang jahat yang didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang tidak suka melihat kepada kesatuan ini.

Kita adalah bangsa yang hebat pada satu ketika dahulu dari banyak sudut termasuklah sahsiah, disebabkan oleh Islam. Islamlah yang meninggikan martabat orang Melayu di nusantara dan menjadikannya bangsa yang kaya dengan peradaban yang gemilang dari segi politik, ekonomi, teknologi, pertahanan dan lain-lain.

Justeru, kesatuan dan perpaduan Melayu semestinya diutamakan bagi memenuhi tuntutan Islam. Dalam konteks ini, ianya perlu melangkaui kesatuan UMNO dan PAS yang mana keanggotaannya tidak sampai 20% dari jumlah orang Melayu di negara ini.

Sudah sampai masanya pemimpin Melayu dari semua parti seperti Bersatu, Amanah, PKR, UMNO, PAS dan lain-lain mengorak langkah menyatupadukan orang Melayu Islam dan mengembalikan dominasi politik dan ekonomi orang Melayu Islam. Hanya dengan cara ini, kestabilan negara akan terjamin dan semua rakyat dari pelbagai kaum akan menerima manfaatnya.

Ini juga perlu dilakukan dengan menolak konsep ‘Malaysian Malaysia’ anjuran DAP dan yang serupa dengannya, yang membawa pendekatan cauvinis dan memporak perandakan negara melalui tuntutan-tuntutan dan kenyataan yang keterlaluan dengan mencabar kedudukan Melayu, Islam dan institusi raja-raja.

BERJASA yang mempelopori agenda kesepakatan Melayu dan kedaulatan Islam yang menjadi tema kempen PRU13 sebelum ini dengan menampilkan calon Islam berwibawa, tetap dengan pendirian ini dan sekali lagi menyeru kepada semua orang Melayu termasuk pemimpin parti politik untuk sama-sama bangun memperjuangkannya demi survival orang Melayu khususnya dan kestabilan negara amnya.

 

 

Dato’ Dr Ir Ts Badrulhisham Bin Abdul Aziz

Presiden Berjasa

SIRI 3: BERJASA PARTI PIMPINAN MUDA

Hati yang kukuh dengan akidah Islamnya dan minda yang berisi ilmunya. Istiqomah pendirian dan bangkit mengharungi arus liberal yang sedang mengancam agama, bangsa dan negara. Membaca tentang budaya, sosial, politik, ekonomi, isu dalam negara dan antarabangsa. Pemuda yang tidak sekadar dengan hasil kajian nya sendiri kini berkolobrasi dengan pusat-pusat kajian dan pusat-pusat latihan kepimpinan yang lain. Itu lah kehebatan Pemuda Berjasa

Mereka sedar masyarakat luar tidak lagi boleh dihidang dengan omongan kosong dan sekadar persepsi semata-mata. Nas yang sahih dan fakta yang tepat menjadi bekalan dalam mengharungi ideologi islam yang di campur aduk dengan ideologi ciptaan manusia. “Kami bertekad ke hadapan sebagai pimpinan berwibawa dan berisi untuk memberi semangat baru melayu islam keluar dari kekeliruan”.

Antara lain lagi, mereka sedar walaupun perlembangaan sekarang adalah warisan penjajah, tetapi pakar-pakar islam pada masa itu sempat merangka kedudukan Islam dan bangsa dalam perlembagaan. Dan terbukti sekarang musuh musuh islam dan gerakan Islam liberal sedang berjuang menghapuskan Islam sebagai agama negara dan keistimewaan melayu dalam perlembagaan.

Syabas kepada sekumpulan PEMUDA BERJASA, bermula sebagai pengkaji dan kini bersedia sebagai bakal pemimpin negara.

Semoga berbekal yakin kepada ALLAH, pegang dan pertahankan PERLEMBAGAAN yang melindungi Islam dan melayu, terbuka untuk ganding dalam KESEPAKATAN, mengembalikan kuasa dan ekonomi berasaskan komposisi kaum demi KESTABILAN negara.

 

Abd Aziz Bin Sardan

Setiusaha Agung Berjasa